Warna langit merah kejinggaan mula kelihatan. Matahari yang cantik kuning hampir terbenam akan digantikan dengan bulan. Feya masih belum pulang dari studionya.
Seharian dia mengemas bilik peribadi miliknya itu. Siap sahaja mengemas, Feya duduk di sebuah kerusi di ruang hadapan. Meja dan kerusi yang sesuai untuk membuat kerja.
Selalunya meja itu menjadi pilihan Feyyaz membuat kerja sekolahnya.Akibat terlalu penat, Feya terlelap di meja. Tangan kanannya menjadi bantal. Kepalanya mengiring ke arah kiri.
"Assalamualaikum," kata seorang lelaki yang baru masuk ke dalam studio itu. Nampak saja Feya terlena, kelakuannya diperlahankan supaya Feya tidak terjaga.
Pintu yang dikuak kecil ditutup kembali. Langkah kecilnya menuju ke arah Feya.
Terjungkit bibir lelaki itu melihat Feya tidur lena. Kerusi di sebelah Feya ditarik perlahan sebelum melabuhkan punggung. Kedudukan mereka agak jauh. Lelaki itu tidak mahu buat Feya tidak selesa.
Tangan kiri lelaki itu dijatuhkan di atas meja sebelum menjadikan bantal kepalanya. Wajahnya menghadap Feya yang lena itu.
"Tidur pun cantik kau ni Feya," bisik lelaki itu perlahan. Wajah Feya ditatap lembut.
Masa ni lah nak tengok muka Feya puas-puas. Kalau tak Feya asyik mengelak je daripada bertembung muka."Soon you'll be mine," sambung lelaki itu tadi. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman buat Feya.
Hatinya berdebar-debar macam nak tercabut jantung dibuatnya. Bagai menatap bidadari jatuh dari langit.
"Hurm," rengek Feya sedikit.
Lelaki itu terkejut. Dengan gelabahnya dia memusingkan kepala membelakangi Feya. Buat-buat tidur.
Perlahan Feya membuka mata. Mata yang kabur digosok sedikit. Sekeliling studio itu diperhatikan sehingga matanya berhenti pada jejaka di sebelahnya.
Terbungkam matanya melihat ada orang lain di studio itu selain dia. Lelaki pula tu.
"Encik siapa?" soal Feya ketakutan. Kerusinya dijauhkan sedikit daripada lelaki itu.
Lelaki yang baring kepala membelakanginya itu mengangkat wajah. Dipusingkan menghadap Feya. Pakej senyum manis.
"Faiq?"
Terkejut Feya. Faiq hanya angguk sekali.
"Dah berapa lama awak dekat sini?" soal Feya. Agaknya Faiq tengok dia tidur ke tadi?
"Lama lah jugak. Sempat aku tidur sekali tadi," kata Faiq dengan nada gurau. Wajah Feya naik membahang. Wajah putihnya itu bertukar merah. Malu.
Faiq ketawa kecil melihat Feya malu.
"Jom balik. Dah nak maghrib," ajak Faiq. Matanya masih menatap Feya yang tengah membetulkan tudung yang serabainya itu.
"Kenapa awak datang sini? Bukan awak baru habis kerja? Tak penat ke?" soal Feya bertalu-talu. Wajah kacak Faiq ditatap menanti jawapan.
Faiq menggeleng kecil.
Feya bangun dari kerusi mengambil beg kecilnya di dalam bilik peribadi sebelum bilik itu dikunci. Faiq hanya memerhati pergerakan Feya.
"Kau jangan risau. Aku dah bagitahu umi kau yang aku nak jemput kau," kata Faiq sebaik saja Feya keluar dari bilik itu.
Feya hanya diam dan berlalu ke pintu keluar. Faiq hanya mengikuti langkah Feya. Setelah memakai kasut, Feya mengunci studio miliknya itu.
Mereka berdua berjalan ke lorong ke rumah Feya.
"Mana motor awak?" soal Feya. Takkan lah Faiq datang sini jalan kaki?
YOU ARE READING
NOAH'S || C
Random🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡ NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra. Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...