Faiq menyediakan makan tengah hari. Dari pulang rumah hinggalah sekarang dia membiarkan Feya tidur di bilik. Mungkin mengandung ni asyik mengantuk je. Tadi juga sempat menjengah Feya, rupanya tidur.
Siap menyediakan makanan di atas meja makan, Faiq mendaki anak tangga rumahnya. Biliknya di hujung tingkat itu dituju. Pintu biliknya dikuak besar.
Punggungnya dihenyak di birai katil sebelah Feya.
"Sayang, bangun. Dah tengah hari."
Diam. Tiada balasan.
"Maliqa, bangun."
Perlahan mata Feya terbuka. Tatkala matanya kabur cuba dijelaskan. Wajah kacak Faiq menjadi santapan pertama tengah hari ini. Bibirnya yang mahu naik terjungkit terhenti tatkala otaknya teringat akan si 'cinta' pagi tadi.
"Bangun, sayang. Dah tengah hari. Jom turun makan," ajak Faiq. Dia cuba membangunkan tubuh Feya yang sedang terbaring itu.
"Habib ajaklah cinta hati habib tu," tolak Feya dengan suara mamainya. Rambutnya yang jatuh di muka, dibawa ke belakang. Rambutnya yang kusut masai itu dirapikan.
Faiq terdiam. Namun, bibirnya melakar senyum senget. Betul sangkaan dia, Feya cemburu.
"Tak nak. Cinta hati habib belum balik sini. Jadi, habib nak makan dengan maliqa dulu," Faiq cuba menyakat isterinya.
Feya diam tidak membalas. Makin sakit hatinya mendengar nama 'cinta hati' dari mulut Faiq. Kalau si cinta ti ada depan mata, mahu saja dia tarik rambut si cinta tu. Perlahan Feya menuruni katil besar itu. Disebabkan perutnya sudah membesar, pergerakan menjadi sedikit sukar.
Faiq mengeluh kecil. Tangannya mencapai lengan Feya dan membantunya turun katil.
"Kalau dah tak boleh gerak tu, minta tolong orang sebelah. Orang sebelah ni sentiasa berkhidmat untuk orang sebelah sana," kata Faiq selamba. Tangannya masih memapah Feya yang sedang duduk di birai katil.
Faiq melepaskan lengan Feya. Dia melabuhkan punggung di sebelah Feya.
"Orang sebelah sini boleh buat sendiri lah. Orang sebelah sana diam je. Pergilah tunggu cinta hati tu," ujar Feya sebelum bangun.
Faiq senyum kecil. Kepalanya juga digeleng perlahan. Comel je isterinya itu. Sudahlah jalan macam penguin. Baru empat bulan. Belum lapan bulan lagi.
"Orang sebelah sana tu cakap je lebih. Padahal dia susah nak gerak," Faiq makin memanaskan keadaan. Saja nak lihat Feya marah. Selama mereka bersama, Feya tak pernah marah dan tunjuk garangnya.
Kepala Feya pusing menghadap Faiq. Anak matanya tajam menjeling Faiq di katil. Feya meneruskan langkahnya ke arah tangga.
Faiq terkejut. Jarang Feya menjeling.
"Orang di sana, jangan jalan sorang-sorang. Nanti ada apa-apa, orang sini juga yang susah," jerit Faiq tatkala isterinya hilang dari pintu bilik. Faiq mengorak langkah ke arah Feya di tangga. Memimpin tangan Feya.
"Diamlah orang sana tu. Pergilah dengan cinta hati pujaan kekasih apa kejadah tu. Orang sini tak nak pun pertolongan orang sana," Feya masih berlagak.
Faiq sudah jeling matanya ke atas. Tak nak pertolongan? Turun tangga pun kena papah. Dah lah jalan lambat. Faiq di sisi Feya memandang wajah isterinya yang melihat satu persatu anak tangga. Pipi Feya yang makin naik membulat membuatkan Faiq geram tak terkata.
Faiq membuka mulut lalu mengigit pipi Feya. Feya sudah mengerang kesakitan.
"Aduh," terhenti langkah Feya di tangga itu. Matanya tajam mengerling Faiq di sebelah. Tangannya naik mengusap pipi lembutnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
NOAH'S || C
Random🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡ NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra. Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...