Sebulan berlalu. Hari ni juga Athirah selamat melahirkan anak terunanya. Berkulit putih seperti Athirah. Berwajah tak tumpah seperti Faris. Betapa gembiranya pasangan itu setelah selamat melahirkan anak sulungnya. Feya dan Faiq juga turut gembira dengan kehadiran malaikat kecil dalam keluarga itu
Feya yang duduk di sebelah Athirah itu hanya diam melihat kawannya sedang mengendong anaknya. Athirah masih lagi di atas katil hospital.
Kali ini, Feya menemani Athirah sementara Faiq dan Faris membeli makanan.
"Feya, jangan sedih. Kau pun tak lama lagi," kata Athirah lembut.
Terus bibir Feya mengukir senyum nipis sebelum angguk kecil. Jari jemarinya bermain di pipi lembut anak Athirah.
"Kau dah bagi nama ke?" soal Feya.
"Aku tunggu Faris. Dia kata dia nak bagi," jawab Athirah. Feya angguk sekali lagi.
"Kau dah scan baby?" soal Athirah pula pada Feya.
"Belum lagi. Nanti lah aku scan. Tunggu Faiq cuti," jawab Feya.
Badannya disandarkan pada kerusi sebelah katil itu. Menunggu suaminya pulang. Lama betul ya bila keluar dengan abang. Ni mesti kes dah lama tak berbual bersama. Waktu begini lah nak buat asmara kasih kembali. Tapi kalau jumpa, bergaduh mulut juga dua beradik itu.
Feya mengusap perutnya yang semakin membesar. Alhamdulillah kandungan bakal enam bulannya sihat dan selamat. Athirah di atas katil melihat Feya mengusap perutnya. Bibirnya mengukir senyum manis.
"Tak lama dah tu. Jangan risau," kata Athirah lembut. Perasan saja riak wajah Feya kendur sedikit. Mungkin tiba sabar nak tunggu baby nya keluar. Tapi belum masanya lagi.
Klak!
"Assalamualaikum, cinta. Abang dah sampai," sapa satu susuk tubuh lelaki di pintu bilik. Dua pasang anak mata terus menoleh ke arah pintu. Athirah yang melihat susuk kesayangannya bersama plastik di tangan terus senyum melebar.
"Waalaikumsalam, abang."
Perlahan Feya bangun dari kerusi itu. Memberi kepada Faris. Feya bergerak ke arah sofa. Dan duduk dengan selamat di situ. Anak matanya setia menanti di pintu. Mencari insan kesayangannya juga. Pergi bersama, tak kan balik asing pula.
"Faiq pergi tandas sekejap. Jangan risau, adik ipar," kata Faris dengan nada pujuk. Nampak saja Feya sedang menanti Faiq di pintu. Faiq juga menyuruh Faris memberitahu Feya dia mahu ke tandas sekejap.
Feya menoleh ke arah Faris dan Athirah sambil sengih. Macam tahu-tahu je kita cari buah hati kita kan. Perutnya diusap lembut. Anak matanya beralih memandang Athirah dan Faris yang sedang makan bersuap. Comel.
Dalam hatinya juga mahu begitu bersama Faiq. Tapi Faiq belum kembali. Pergi tandas ke buat tandas? Mamat tu baru je pergi tandas.
Klak!!
Tiga pasang mata itu beralih ke arah pintu.
"Assalamualaikum."
Mata Feya bersinar-sinar melihat kesayangannya masuk ke dalam bilik. Lebar senyumannya terukir di bibir. Athirah dan Faris sambung makan. Biarkan dia orang dengan dunia sendiri.
"Nasib kau masuk cepat. Adik ipar aku tu dah rindu kau. Takut sangat suaminya hilang," kata Faris tanpa menoleh. Tangannya bekerja menyuap isterinya. Athirah hanya tawa kecil setelah menerima suapan suaminya.
Feya yang dengar itu menundukkan sedikit kepalanya. Wajahnya sudah naik berona merah. Faris ni buat dia malu je. Faiq melihat Feya di sofa. Dia tahu isterinya sedang malu. Dia melabuhkan punggung di sebelah Feya.
YOU ARE READING
NOAH'S || C
Random🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡ NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra. Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...