BAB 5

6.8K 295 3
                                    

Faiq melangkah turun ke meja makan untuk sarapan.

Meja yang dihuni Faris, Fayza dan Dato Noah Alias itu didekati. Kerusi berhadapan Faris dan Fayza itu dilabuhkan. Tangannya laju menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan.

"Mama mana?" soal Faiq ke ahli keluarganya itu.

Faris dan Fayza angkat bahu. Mereka juga tidak melihat batang hidung mamanya dari awal turun.

"Dekat taman belakang dengan Ilana," kata Dato Noah Alias sebelum menyuapkan makanannya.

Faiq terus berubah muka mendengar nama Ilana. Faris dan Fayza hanya diam melihat wajah dingin Faiq.

"Anak-anak mama semua dah turun. Ha Faiq, hari ni tak payah kerja. Bawa Ilana jalan-jalan,"kata Datin Dee menghampiri meja makan itu bersama Ilana. Faiq yang melihat mamanya dan Ilana itu terus bangun.

"Faiq pergi dulu."

"Faiq tak payahlah kerja," pinta mama Faiq.

"Faiq bukan bos senang-senang nak cuti. Satu lagi, Faiq tak berminat perempuan tak cukup kain macam dia," ujar Faiq dingin dan perlahan. Namun suaranya dapat didengari ahli keluarga yang lain.

Laju langkahnya menuju ke pintu utama. Faris dan Fayza terkejut mendengar kata-kata dari Faiq. Dato Noah Alias hanya senyum kecil melihat kelakuan Faiq. Sejujurnya Dato Noah Alias tidak setuju bermenantukan Ilana.

"Ilana duduklah kita sarapan. Kamu jangan ambil hati dengan kata-kata Faiq. Mungkin dia ada masalah. Stres agaknya anak mama tu," kata Datin Dee lembut. Ilana hanya angguk dan melabuhkan punggung di sebelah Datin Dee.

"Ma, pa, abang dengan adik pergi dulu. Adik ada kelas pagi ni," kata Fayza. Tangan papa dan mamanya dikucup lalu meninggalkan meja makan itu. Begitu juga Faris. Dia hanya mengikut langkah adiknya ke pintu utama.

"Abang tolonglah pujuk Faiq tu. Suruh dia terima Ilana," pujuk Datin Dee sambil mengusap lembut lengan suaminya. Dato Noah Alias menggeleng kepala lalu bangkit dari kerusi meninggalkan isteri dan Ilana.

 Dato Noah Alias menggeleng kepala lalu bangkit dari kerusi meninggalkan isteri dan Ilana

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Feya, ni Athirah datang," jerit umi Feya dari pintu utama rumahnya.

"Ye umi, sekejap."

"Athirah, kamu duduklah dulu. Tunggu Feya bersiap ni sempat kamu masak nasi ayam," gurau umi Feya. Athirah ketawa kecil mendengar gurauan umi Feya. Kasutnya dicabutkan lalu menunggu Feya di sofa ruang tamu.

Athirah bermain telefon sambil senyum seorang diri.

"Chat bakal encik suami ke tu?" soal Feya dari belakang. Athirah mematikan telefon dan angguk kepala. Tersenyum malu Athirah dibuatnya.

"Yelah. Nak chat kau, kau dah ada depan mata aku sekarang."

Feya dan Athirah menuju ke kereta setelah bersalaman dengan umi Feya. Kereta Ativa milik Athirah itu dipandu ke bandar.

NOAH'S || CTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang