"Feya?"
Matanya terbuka luas. Dirinya masih di sofa ruang tamu. Badannya diduduk tegak dan sandar kepala sofa itu. Wajahnya diraup kasar. Mimpi? Mulutnya berkumat-kamit mengucapkan kata Istighfar.
Kakinya mengorak langkah ke dapur. Tekaknya teras haus tiba-tiba. Dia juga perasan diriya kerap haus berbanding sebelum ni.Segelas cawan kaca diambil lalu diisi air kosong sejuk.
Selesai minum, Faiq menuju ke tangga. Mendekati pintu bilik Feya berada. Ditekapkan telinganya di papan pintu itu. Tiada suara.
"Baby habib? Sayang ada dekat dalam lagi kan? Sayang tak tinggalkan habib kan? Sayang kalau tak nak jawab, sayang buatlah bunyi apa-apa supaya habib tahu sayang masih dekat dalam."
Faiq diam sejenak menanti jawapan dari Feya. Faiq keluh berat. Baru saja langkahnya mahu ke bilik, dia terdengar satu suara ketukan.
Tok! Tok!
Faiq tidak tahu ketukan apa, tapi yang pasti dari dalam bilik Feya. Feya membalas katanya. Bibir Faiq naik terjungkit sedikit. Hatinya kian bersyukur isterinya masih berada di dalam dan tidak meninggalkan dirinya. Lega hatinya.
"Sayang, habib masuk bilik dulu. Ada apa-apa, panggil habib dekat bilik okay."
Faiq langsung meninggalkan pintu bilik itu.
Feya di dalam bilik itu bangun dari duduknya di katil. Tingkap bilik itu didekati lalu di buka luas. Disebabkan tidak boleh tidur, dia merenung ke luar bilik itu. Kebiasaan Feya tidur buka tingkap. Langit gelap bertemankan sinaran bintang-bintang kecil itu ditatap lama.
"Kau jangan tinggalkan aku macam perempuan tu. Kalau tak, aku akan benci kau selamanya Feya."
Kata-kata Faiq ketika itu amat menusuk jiwa Feya. Ya dia sedar waktu itu. Cuma dia tidak mahu ganggu luahan Faiq. Belum masanya untuk dia memberitahu Faiq bahawa dia dengar segala luahan suaminya malam itu.
"Habib, Feya tak akan tinggalkan habib. Feya tak nak habib benci Feya," gumam Feya sendirian di tingkap itu. Wajahnya kian membengkak akibat menangis tak henti pagi tadi. Semua gara-gara perempuan tak cukup kain itu. Feya langsung tak beri peluang untuk Ilana berterus terang. Hatinya sudah cukup panas melayan kerenah gedik perempuan itu sejak zaman sekolah lagi.
Feya mengusap perlahan perutnya.
"Baby, mama rindu babah. Mama nak jumpa babah, tapi mama takut mama marah babah pula nanti."
Tipu kalau kata dirinya okay bersendirian di dalam bilik itu. Dia perlukan Faiq sebagai penguat dirinya. Namun, amarahnya kuat menguasai diri tika ini. Apa dia boleh buat, hanya diam buat sementara waktu. Sampai waktu, dia akan keluar bertemu Faiq. Mungkin dua hari, tiga hari atau seminggu. Sehingga dirinya kuat.
Sekarang dia hanya meminta bantuan Allah untuk lembutkan hatinya. Tidak lupa berdoa agar Faiq baik-baik saja diluar. Lepas saja solat, tidak lekang mulutnya berdoa buat keluarga kecilnya.
YOU ARE READING
NOAH'S || C
Random🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡ NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra. Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...