Empat hari Faiq ditahan di hospital selepas sedar dari koma. Dalam pemeriksaan doktor, tiada masalah penyakit lain menyelubungi dirinya. Itu juga membuatkan Feya bersyukur yang teramat.
Faiq dihantar ke rumah banglo miliknya. Dia juga menyuruh Feya dan Naira menemannya bersama di rumah itu.
"Faiq, kepala mereng tu jangan lama sangat tau. Aku rasa nak je hempuk kepala kau supaya ingatan kau tu datang semula. Kau jaga Feya dengan Naira tu baik-baik," pesan Mika di dalam kereta. Dia menghantar kawannya itu ke rumah banglo Faiq.
"Kau ni kelakar juga. Aku pun rasa nak hempuk kau sebab asyik membebel je dari hospital. Dah macam beruk," balas Faiq.
Sudah bernanah telinganya mendengar nasihat dan bebelan dari Mika. Menyesal juga dia tumpang dengan Mika. Baik dia tumpang Feyyaz yang membawa Feya pulang dulu ke rumah Encik Firdaus itu.
"Beruk? Seriously. Aku rindu dengar gelaran tu," teruja tak terkata pada Mika. Bibirnya mekar senyum ceria.
Faiq diam tidak membalas. Dia langsung tiada memori tentang perkataan itu. Kenapa Mika terlalu gembira mendengar dirinya digelar sebagai haiwan itu? Pasti ada kisah dibaliknya. Dia mahu tahu. Namun, otaknya cepat pusing dan sakit jika Faiq terus memaksa dirinya untuk ingat semua itu.
"Bro, sebelum balik aku nak bawa kau pergi suatu tempat ni. Mungkin ingatan kau ingat sikit dekat situ," sambung Mika. Faiq angguk diam.
Laju kereta milik Mika itu meluncur di jalan raya. Pemanduannya fokus tanpa gangguan. Kafe kegemaran mereka bertiga menjadi tempat persinggahan Mika.
"Kafe apa ni?"
"Ni tempat lepak kita. Kau, aku dan Hanif. Dari kita sekolah sampailah masing-masing dah kahwin ni lah tempat favourite kita untuk lepak. Selalunya lepas habis kerja kita datang sini, " terang Mika.
Mika menyuruh Faiq duduk di meja mereka selalu lepak dahulu sementara dia memesan minuman buat dia dan kawannya itu. Mata Faiq berliar di sekeliling kafe itu. Baginya, kafe itu nampak menarik. Hati dia tertarik dengan dekorasi kafe itu. Tanpa dia sedar, bibirnya mengukir sekuntum senyuman.
Pintu kafe itu dibuka kuat oleh seorang gadis. Faiq melihat gadis itu keluar dengan lagak biasa. Dalam waktu yang sama, seorang jejaka berlari mendapatkan gadis cantik itu. Larian jejaka itu pantas bersama secawan air di tangan.
Dahinya berkerut tanda tanya. Bagaikan dirinya pernah berada di situasi tersebut.
"Kau tengok apa?" soal Mika lalu menghulur air minuman itu ke Faiq.
"Lelaki itu kejar perempuan tu. Tapi kenapa macam aku pernah ada dekat situ? Aku macam tu ke dulu?" soal Faiq ingin tahu. Bagi dia, Mika agak rapat dengannya kerana setiap hari dia pasti nampak wajah Mika di hospital.
Mika menjengah ke luar tingkap jernah kafe itu. Lalu kepalanya diangguk perlahan.
"Dulu, kau tak suka dekat perempuan. Tapi lepas Feya datang dalam hidup kau, kau berusaha nak dapatkan dia. Dan, macam tu lah kau kejar dia. Tempat dan situasi yang sama. Aku rasa kau dah ingat sikit ni," terang Mika. Dia tak mahu paksa Faiq mengingat keseluruhan cerita itu.
Faiq tidak angguk dan tidak geleng. Dia tidak mahu menafikan semua itu. Apa yang dia fikir, dia merasa deja vu. Air minuman di hadapannya disedut perlahan.
Buat masa sekarang, fikirannya mahu dekat dengan gadis yang mengakui dia isteri Faiq. Dia mahu menatap wajah polos gadis itu. Hidupnya tenang jika wajah itu menjadi santapan matanya setiap hari. Si kecil itu juga sudah mencuri hatinya.
YOU ARE READING
NOAH'S || C
Random🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡ NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra. Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...