BAB 51

2.9K 140 0
                                    

Tangisan si kecil menyapa gegendang telinga Feya. Bersyukur tak terkata dirinya pada waktu itu. Segalanya dipermudah oleh Allah. Gembiranya datang sementara menolak segala kesedihan di hati.

'Babah, princess kita dah selamat. Bangunlah babah tengok princess kita.'

Bisik suara hatinya selepas selamat melahirkan cahaya mata pertama. Air mata yang berguguran memberi seribu satu makna.

Selepas selesai semua, doktor memberi keizinan untuk Feya melihat anaknya. Diberi susu langsung tidur dalam dukungan si ibu. Ramai yang datang melawat Feya.

"Feya, siapa nama princess kecil ni?" soal Mawar di kerusi sebelah katil itu. Cempaka pula dalam dukungan Hanif. Teruja Cempaka melihat anak Feya.

Feya tersenyum sendiri mendengar soalan Mawar. Kotak ingatannya mula teringat akan waktu dia bersama Faiq mencari nama buat anak pertama mereka.

~~~

"Habib, bila nak bagi tahu nama baby dekat Feya? Dah lama Feya tunggu. Sampai hati habib tak nak bagi tahu. Nanti Feya merajuk, padan muka habib," asak Feya yang ingin tahu nama anaknya.

Faiq yang duduk melunjur mengusap lembut pada perut isterinya. Gembira terasa di hati mahu sambut kelahiran pertama bersama isteri tercinta. Tersemat sikit senyum di bibir mendengar soalan dari bibir Feya.

"Disebabkan anak pertama kita princess, babah letak nama Naira Zafirah binti Faiq Noah. Sedap tak maliqa?" jawab Faiq. Kening sebelahnya diangkat sedikit dan memandang ke arah Feya.

Wajah Feya berkerut penuh tanda tanya. Pasti ada sebab nama itu menjadi istimewa di bibir Faiq. Anak mata Feya bertaut lembut dengan anak mata biru milik suaminya.

"Sedap je nama tu. Tapi apa maksudnya?"

"Naira memberi maksud berseri-seri dan bijak. Selain tu, maksudnya penuh dengan cahaya. Seperti mana dia membawa dan beri kita cahaya untuk bahagia bersama. Zafirah pula membawa untung. Princess kita untung sebab dia membawa cinta kita," terang Faiq gembira. Hujung batang hidung Feya dicuit kecil.

Feya tawa kecil setelah hidungnya dicuit oleh Faiq. Tubuhnya selesa disandarkan di sisi Faiq. Kepalanya pula beralaskan lengan sasa suaminya. Kakinya juga turut menjulur ke hadapan di atas katil.

"Pandainya habib pilih nama untuk princess kita. Tapi kenapa mula huruf N dan Z? Nama kita kan mula huruf F?" soal Feya lagi setelah memuji suaminya dalam memilih nama untuk anak pertama mereka.

"Kalau mula huruf F, lepastu nak letak huruf apa? N atau Z? Nanti akan ada yang tertinggal. Habib tak nak nama anak habib panjang. Ada maksud yang baik dalam Islam pun dah memadai," balas Faiq tenang.

Sudah lama dia memikirkan nama untuk cahaya matanya itu. Hanya tunggu hari dan waktu yang tepat. Sungguh, dia tidak sabar mahu menimang anaknya itu. Dia mahu menjadi orang pertama yang menyapa gegendang telinga anaknya.

"Faham. Terima kasih untuk nama yang baik buat anak kita. Semoga maksud yang baik itu memberi kebaikan buat baby. Feya sayang habib," ujar Feya. Pipi kanan Faiq dikucup sekali.

Faiq tersenyum malu.

"Sama-sama maliqa sayang. Habib pun sayang maliqa dunia akhirat. Kita dah ditakdirkan bersama."

Feya angguk kecil. Ya, memang mereka ditakdirkan untuk bersama dan saling menjaga. Susah bersama, senang juga bersama. Erti kata lain, mereka pasangan yang sentiasa bersama dengan takdir Allah.

~~~

Feya tersenyum kecil sambil memandang Naira yang sedang lena dalam dukungannya. Kotak fikirannya mengimbau kembali kenangan dia dan Faiq memberi nama buat Naira.

NOAH'S || CWhere stories live. Discover now