"Mana buah hati aku?"
"Dalam bilik kau dengan Hanif selalu duduk."
"Kau dah makan belum?" soal Mika risau. Dia nampak perubahan pada tubuh Faiq selepas tiga hari tidak berjumpa.
Faiq diam tidak menjawab.
"Kau, tengok dekat dapur ada apa. Masakkan untuk Faiq," arah Mika pada Jasnita. Jasnita angguk lalu menuju ke dapur rumah Faiq
Faiq sudah tersandar pada sofa itu. Dirinya tidak dapat tidur memikirkan isterinya di dalam bilik. Hidupnya sudah tidak terurus.
Setelah mimpi ngeri itu muncul, Faiq takut untuk melelapkan matanya. Dia takut Feya pergi ketika dia tidur. Dia takut dirinya ditinggalkan buat selamanya seperti masa lalunya.
Mika daki anak tangga menuju ke bilik Feya berada. Pintu itu diketuk perlahan beberapa kali.
"Buah hati, Mika ni. Buah hati keluarlah. Kesian Faiq. Dia risau kan awak sampai tak makan lagi. Dia pun tak masuk kerja dah tiga hari. Buah hati?"
Feya yang mendengar pujukan Mika terkejut. Faiq panggil Mika untuk memujuk dirinya? Faiq tak makan? Faiq tak kerja? Semua soalan berlegar-legar di fikiran Feya.
Feya yang baring itu terus duduk. Kakinya turun dari katil dan melangkah mendekati pintu. Telinganya dilekapkan di permukaan pintu licin itu.
"Buah hati, Faiq bukan penat nak pujuk awak. Tapi dia tak larat. Dia dah tak ada tenaga sebab dia tak makan lagi. Jadi dia minta bantuan saya. Berapa lama lagi awak nak duduk dalam ni?"
Mika terlalu risau melihat pasangan ini. Terlalu menyeksa diri dan jiwa masing-masing dengan ego dan perasaan.
"Awak bukan je seksa Faiq. Awak seksa diri awak sebab awak terlalu sayangkan Faiq. Keluarlah buah hati, Faiq perlukan awak dan anak dia dalam perut awak. Awak juga perlukan dia," sambung Mika lagi.
Feya dibalik pintu itu sudah mula jatuh air mata. Ya dirinya terseksa. Jiwa dan raga sangat terseksa tatkala dia membuat keputusan untuk menyendiri.
"Buah hati, kalau awak tak kesiankan Faiq, awak kesiankan anak awak. Dia perlu jumpa babah dia. Feya, kalau awak taknak keluar juga saya tak teragak akan call umi dan abi. Saya..."
Klak!
Tombol pintu itu terbuka. Kata-kata Mika tadi terhenti tatkala pintu dihadapannya dikuak kecil. Sangat kecil. Mika menjengah di celah pintu itu.
"Buah hati?"
Pintu itu dibuka besar. Wajah Feya yang memakai tudung sarung itu terlihat Mika. Hidung dan matanya merah menangis tanpa henti. Wajahnya menunduk memandang lantai. Tiada kudrat mahu menentang mata dengan insan di hadapannya.
"Buah hati, awak okay?"
Perlahan kepalanya diangguk.
"Jom turun. Faiq tengah tunggu awak dekat sofa. Dia rindu sangat dengan awak," tutur Mika lembut.
Mika mendahului langkahnya menuruni anak tangga. Feya diam membuntuti langkah Mika. Tubuh Faiq yang sedang bersandar lemah pada sofa dapat dilihat jelas dari anak tangga.
Mika mendapatkan Jasnita di dapur. Entah apa dimasaknya?
Feya perlahan berjalan di sisi sofa.
"Habib," panggil Feya lemah.
Faiq memusingkan kepalanya pabila namanya diseru dengan suara yang dirindui selama tiga hari. Dirinya terkejut langsung berdiri tegak.
"Sayang," sahut Faiq lembut.
Faiq laju memeluk isterinya. Pelukannya dieratkan tak mahu lepas. Feya juga membalas pelukan suaminya. Tubuh yang dia rindu nak peluk.
"Habib minta maaf sayang. Habib suami tak guna. Habib benci diri habib," tangisnya pecah membasahi tudung sarung isterinya.
YOU ARE READING
NOAH'S || C
Random🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡ NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra. Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...