🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡
NOAH'S || complete
Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra.
Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...
Feya merebahkan badannya di atas katil seusai solat Isyak dan membaca Al-Mulk. Matanya dipejam. Badannya yang sudah letih mengemas studio hari ni mahu dicas kembali. Nasib baik ada Faiq dan Hanif. Kerjanya jadi mudah dan cepat.
Terjungkit bibirnya teringat kisah petang tadi.
~~~
"Cik Feya, boleh saya tanya sesuatu?" soal Faiq. Otaknya sudah penuh soalan untuk bertanya pada Feya. Banyak hal tentang Feya yang ingin dia tahu.
"Hurm."
Faiq yang menongkatkan dagunya di batang penyapu itu melihat Feya sedang menyapu. Hanif hanya dengan kerjanya. Malas nak kacau kawannya yang sudah naik ulat bulu.
"Kau suka naik motor?"
Ha? Terhenti kerja Feya dibuatnya. Feya merenung dalam anak mata biru milik Faiq. Dia tidak faham langsung dengan soalan Faiq. Dahinya berkerut melihat Faiq yang tersengih kambing.
"Maksud aku motorbike macam aku punya tu. Kau teringin tak nak naik?" terang Faiq. Tergetus tawa kecilnya melihat wajah Feya tidak keruan.
"Sukalah juga. Teringin pun teringin. Tapi saya tak mampu," jawab Feya lembut. Tangannya sambung menyapu lantai yang berhabuk tu.
"Kenapa tanya?" soal Feya lagi.
"Tak ada apa. Senanglah aku nanti," jawab Faiq. Dia kembali menyapu lantai di sebelah Feya sebelum pusing ke belakang.
"Senang apa?" soal Feya. Dia kurang dengar apa yang dikatakan Faiq tadi. Faiq hanya geleng kepala.
"Nanti dah halal boleh aku bawa kau, Feya."
Gumam Faiq sendiri apabila tubuhnya membelakangi Feya. Namun, suaranya jelas didengari Feya.
Feya di belakang itu tahan bibir dari senyum.
~~~
Feya baring mengiring sambil memeluk anak patung miliknya itu. Senyuman dibibirnya masih belum tegang.
Sungguh dia tak sangka, Faiq Noah menyimpan hasrat untuk menghalalkan Feya Zahra. Tidak pernah terdetik di hatinya ingin berumah tangga selama 24 tahun ini.
Dirinya hanya sibuk bersama hero idaman yang tak wujud itu. Disebabkan karakter novelnya itu, Feya kurang yakin dengan lelaki dalam dunia ini.
Feya tidak mahu memikirkannya sangat. Kalau terlalu berharap, dia sendiri turut sakit jika ini semua hanya hayalannya. Jadi, lebih baik dia menunggu daripada berharap.
Kalau tak kahwin dekat dunia pun tak apa, semestinya di syurga sudah pasti. Feya yang faham agama itu percaya dengan apa yang sudah ditulis ada Luh Mahfuz.
Feya yang berbaring itu akhirnya terlena dibuai mimpi. Rambut panjangnya yang lembut itu sudah kusut dihempap bantal hempuk miliknya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.