BAB 13

4.1K 189 3
                                    

Feya mencari susuk tubuh Faiq. Sebelum mencuci pinggan dia menyuruh Faiq menunggunya di meja tadi. Hanif dan Mika di ruang tamu menonton movie bersama Feyyaz. Athirah pula sedang berbual dengan bakal encik suami.

Sempat lagi kenalkan dengan umi dan abi Feya.

Feya keluar pintu rumahnya. Meja yang di duduk sebentar tadi dia melangkah. Namun tiada lagi Faiq di situ. Tapi, ada satu susuk tubuh yang cukup dia kenal. Feya mendekati meja itu.

"Raysa, ada nampak Faiq tak?"

Raysa geleng kepala. Wajah Feya ditatap. Feya senyum nipis melihat mendengar jawapan Raysa. Feya risau ke mana Faiq pergi? Ke mana Faiq menghilang?

Akhirnya Feya melangkah menuju ke buaian yang selalu dia duduk. Dia melihat satu susuk tubuh lelaki di situ. Langkahnya mendekati buaian sebelum melabuhkan punggung di hadapan lelaki itu.

Lelaki itu menayangkan wajah pelik. Macam mana Feya boleh ada di sini? Macam mana Feya tahu dia di sini? Wajahnya berkerut memandang Feya. Feya sudah ketawa kecil melihat reak wajah muka itu.

"Awak tak payah nak tayang muka pelik tu. Ni rumah saya, jadi saya tahu di mana orang akan duduk bila dia sendirian," kata Feya lembut.

Lelaki itu tersenyum nipis mendengar ayat Feya. Feya memerhati wajah lelaki itu. Macam ada yang tak kena? Dia ada masalah ke? Tadi okey je.

"Faiq, awak okey ke?"

"Kau percaya aku?"

Soalan Feya dijawab dengan soalan. Feya tersentak mendengar soalan dari mulut Faiq. Mereka baru kenal, macam mana Feya nak percaya lelaki. Sedangkan keluarga dan umur lelaki itu juga Feya tidak tahu.

Faiq memandang dalam anak mata Feya. Dia terbuai dalam anak mata hitam milik Feya. Sungguh dia tidak sedar apa yang di katakan tadi. Yang dia tahu hanya kejujuran.

"Aku nak kau percaya aku sampai bila-bila dalam setiap situasi. Aku tak pandai menipu. Aku juga tak pandai nak tutup mulut. Kalau kau nak tahu, semua yang keluar dari mulut aku adalah ikhlas dan jujur."

Wajah dingin Faiq ditayangkan. Feya takut untuk menatap anak mata Faiq. Dia takut Faiq yang ini. Namun, dia kuatkan hati untuk melihat wajah kacak Faiq.

Feya terkejut mendengar luahan dari Faiq. Ini pertama kalinya Faiq meluahkan isi hatinya pada seorang perempuan luar. Selalunya Fayza menjadi tempat curhatnya.

Faiq akui dia tidak sedap hati. Bagaikan rasa sesuatu yang buruk bakal berlaku dalam hidupnya. Dia tidak mahu berpisah dengan Feya Zahra. Hatinya sudah terpaut pada Feya.

Diam. Anak mata mereka bersambung mencari jawapan sesama sendiri. Feya takut. Feya takut dia tak mampu untuk tepati.

"Awak tengok bintang-bintang tu cantik kan," kata Feya. Dia cuba lari dari menjawab soalan Faiq. Tangannya menunjuk-nujuk ke arah bintang di langit.

"Feya tolong jangan tukar topik."

Feya telan liur. Suara mendatar dari Faiq membuatkan dia mahu cabut lari. Wajahnya yang memandang langit diturunkan melihat wajah Faiq.

"Okey saya jawab. Saya tak janji tapi saya cuba untuk percaya awak."

Faiq angguk perlahan. Dia mahu Feya percayakan dia. Selagi mana orang tak percaya, dia hanya mahukan Feya seorang menjadi kepercayaan dirinya.

"Terima kasih percayakan aku."

"Sama-sama. Awak saya nak tanya sesuatu boleh?"

Kepala Feya penuh dengan soalan tentang kehidupan Faiq. Kalau boleh semua dia nak soal. Tapi Feya tahu dia tiada hak untuk mengganggu privasi Faiq. Cuma dia mahu tanya hal basic tentang Faiq.

NOAH'S || CWhere stories live. Discover now