BAB 50

3K 118 4
                                    

Hampir dua minggu Faiq tidak sedarkan diri. Tiada petanda baik dari Faiq untuk dia sedar. Masing-masing juga mengambil giliran menjaga Faiq. Feya juga sudah dilarang Puan Zahira untuk ke hospital setiap hari. Risau ganggu kesihatan diri dan anaknya.

Encik Firdaus dan Puan Zahira membawa Feya ke hospital hari ni. Hatinya tetap mahu ke hospital melihat keadaan Faiq. Sering ditegah, tapi demi Faiq. Apa dia kisah.

Puan Zahira dan Encik Firdaus menunggu di sofa bilik itu. Feya pula duduk di kerusi sebelah katil Faiq. Erat genggamannya bertaut satu sama lain. Kalau boleh selamanya dia mahu begini. Tidak mahu melepaskan tangan Faiq walau sesaat.

"Habib, hari ni Feya datang lagi tengok habib. Semoga habib kuat. Feya tahu suami kacak Feya ni kuat," ujar Feya dalam tangisan kecilnya. Entah kenapa dirinya sangat lemah hari ni berbanding hari yang lepas. Matanya redup memancarkan seribu satu keperitaan.

Senyuman tawar cuba diukir di bibirnya. Cuba kuat. Bagai ada salur tenaga di antara genggamannya. Hanya Allah mengetahui gelombang perasaannya.

"Kakak, abi pergi pejabat dulu. Abi tinggalkan umi untuk jaga kakak. Abi pergi dulu ya," pamit Encik Firdaus setelah berdiri tepat di sisi anaknya.

"Baik abi. Hati-hati," jawab Feya. Tangisan di pipi dikesat kasar. Kekura Encik Firdaus dikucup sekali. Encik Firdaus juga melabuhkan bibirnya di ubun-ubun Feya yang berlapik tudung.

Encik Firdaus menapak keluar dari bilik itu setelah menyalam tangan isterinya. Tinggallah Feya bersama Puan Zahira di dalam bilik itu.

Klak!!

Dua susuk tubuh jejaka masuk dalam bilik itu dan menghampiri katil hospital. Melihat saja Puan Zahira sedang duduk di sofa, mereka tunduk hormat seraya mengukir senyuman.

"Assalamualaikum, umi," sapa dua jejaka itu.

"Waalaikumsalam."

Mereka berdua diri bertentangan dengan kedudukan Feya. Anak mata mereka beralih melihat wajah tenang Faiq setelah melihat wajah muram Feya. Mereka turut duka dengan kemalangan sahabatnya.

"Hai, Feya. Awak okay hari ni?" soal Mika lembut pada gadis itu. Sedikit kepalanya diangguk bagi menjawab soalan itu. Senyum lemah terbit di bibir gadis itu.

"Feya, kau nak tahu sesuatu?" Hanif mula bersuara. Feya diam tidak membalas. Masih menatap wajah Faiq.

"Sebelum Faiq kena langgar, dia nak belikan kau bunga. Dia tak sabar nak tunggu anak dia lahir. Dia nak hadiahkan kau bunga sempena kelahiran anak dia. Dan berterima kasih sebab bawa anak dia dalam perut kau," sambung Hanif lagi. Air matanya di tahan supaya tidak jatuh.

Begitu juga Mika di sisinya. Menahan air mata untuk tampak kuat di hadapan Feya.

Mendengar kata-kata dari Hanif, makin laju air mata Feya jatuh di pipi. Sedu sedan dia menahan air matanya. Dalam waktu yang sama, dia terharu dengan Faiq.

"Habib tak usah beli bunga. Feya tak perlu kan bunga. Feya perlukan habib sekarang. Bangunlah," kata Feya perlahan namun didengari orang sekelilingnya. Hingus di hidungnya dikesat dengan hujung lengan baju. Tangisan yang jatuh bagai kaca dihempas kuat. Pedih.

Faiq sentiasa buat dirinya gembira. Walau dalam duka, Faiq berusaha membuat senyuman Feya kembali di bibir.

"Feya, awak kena kuat. Awak tak boleh begini," Mika mencelah. Dia sungguh kasihan dengan keadaan Feya sekarang.

"Feya kuat depan orang je. Belakang orang, Feya tak tahu boleh kuat ke tidak? Feya cuba. Demi Faiq dengan anak kami. Cuma, sampai bila tu Feya tak pasti. Feya berharap Faiq bangun sekarang. Tapi, takdir dan rancangan Allah tu cantik. Feya reda," jawab Feya tenang. Bibirnya dicalit senyuman nipis.

NOAH'S || CWhere stories live. Discover now