BAB 34

2.6K 136 1
                                    

"Waktu macam ni lah kau tak ada rumah. Mesti tidur rumah umi ni," gumam Mika sendirian tatkala melihat kereta Audi hitam Faiq tiada di garaj rumahnya. Dia hanya memandang jauh dari pagar rumah kawan baiknya.

"Awak," panggil Jasnita lembut dari belakang.

"Apa?" jawab Mika malas. Kepalanya langsung tak toleh ke arah Jasnita.

"Ni rumah siapa?"

"Buah hati aku," jawab Mika selamba. Tangannya menyeluk ke dalam poket seluarnya mengeluarkan telefon bimbit miliknya.

Wajah Jasnita bertukar suram. Anak matanya melihat gerakan Mika yang tidak keruan itu.

"Dah pukul dua belas ni. Rumah orang mesti dah tutup. Kau betul nak duduk rumah aku?"

Mika tak suka rumahnya dihuni orang luar. Lagipula, di rumah cuma dia saja. Dia tidak mahu orang nampak dia membawa perempuan masuk ke dalam rumahnya. Tak pasal kena kahwin free nanti.

Mika memandang anak mata Jasnita pinta jawapan.

"Kalau awak tak bagi, awak hantar je saya dekat hotel bajet. Saya duduk situ," jawab Jasnita. Anak matanya lari memandang ke tanah. Tidak berani memandang Mika di hadapannya.

"Banyaklah kau hotel bajet. Aku lempang kau nanti, sia-sia hidup kau," tempik Mika. Dia paling pantang perempuan duduk di hotel. Nak mati cepat, silalah pergi.

Jasnita tergamam mendengar balasan Mika. Marah betul dengar hotel bajet. Dendam ke?

"Kenapa lelaki tu kejar kau?"

Mika berdiri di hadapan Jasnita dengan memeluk tubuh. Jaraknya ditambah supaya dia berasa selesa untuk berbual. Melihat Jasnita yang menoleh ke arah tanah membuatkan dengusan kasar keluar dari mulut Mika.

"Cik Jasnita, tanah tu bercakap dengan cik ke?"

Jasnita angkat muka. Laju kepalanya digelengkan.

"Ta... Tadi saya lalu kawasan situ. Le... Lepastu, dia orang ka... kacau saya. Dia orang tarik tangan dengan tu... tudung saya. Lepastu, sa... saya lari. Tu yang kena ke... kejar."

Mika tarik nafas panjang mendengar jawapan gagap dari mulut Jasnita. Kepalanya digelengkan beberapa kali.

"Dah ikut aku balik dulu. Nanti esok aku bawa kau jumpa buah hati aku. Aku nak kau cerita dekat dia depan aku dan kawan aku," jelas Faiq.

Dia tak suka berdeep talk dengan perempuan yang dia baru kenal. Mahu ajak balik rumah pun terpaksa sebab kesian. Nanti mesti Mika tidur luar rumah sebab tak nak serumah dengan perempuan bukan mahram. Good, Mika.

Mika naik semula ke atas motornya. Begitu juga Jasnita. Dia langsung tidak memegang Mika. Tangannya menggenggam erat bahagian bawa kerusi motor itu. Walaupun Mika bawa tidak sampai 80km/j, ianya tetap laju bagi Jasnita yang pertama kali menaiki motor jenis itu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
NOAH'S || CWhere stories live. Discover now