Hari ni Athirah dan Faris sah bergelar suami isteri. Dengan satu lafaz, Faris mengikat Athirah sebagai isteri dan pasangan hidupnya. Athirah terharu sampai menitis air matanya mendengar lafaz yang keluar dari mulut Faris, suaminya.
Feya duduk teman Athirah di sisi. Athirah dipeluk erat oleh Feya.
Seusai sujud syukur, Faris menyarungkan cincin di jari Athirah. Dahi Athirah dikucup sekali. Lama. Sebab ramai orang nak ambil gambar.
Siap saja majlis akad nikah, mereka dijamukan dengan sedikit makan-makan untuk ahli keluarga terdekat yang hadir.
Feya dan Mawar duduk di sebuah meja. Dapatlah mengerling ke arah Athirah dan Faris tu. Cantik sedondon pengantin berpakaian warna krim. Pilihan Athirah.
"Assalamualaikum buah hati. Boleh duduk sini tak?"
"Sila, sila. Jemput duduk Mika, Hanif."
Mika dan Hanif melabuhkan punggung di hadapan Feya dan Mawar bersama pinggan dan cawan di tangan. Feya dan Mawar sambung menikmati makanannya.
Meskipun sudah dilarang memanggil Feya dengan perkataan 'buah hati', Mika tetap buat tak tahu. Lagi-lagi bila tiada Faiq bersamanya. Feya biarkan saja, sudah biasa.
"Mana Faiq?" soal Feya. Kepalanya ditoleh ke kanan dan ke kiri mencari lelaki itu.
"Buah hati, saya dekat sini tak nak cari? Si Beruk yang entah ke mana tu awak cari? Seriously?"
Feya senyum melihat Mika. Hanif di sebelah Mika hanya geleng kepala.
Hanif menunding jari ke satu arah. Feya, Mika dan Mawar melihat ke situ. Satu susuk tubuh lelaki sedang rancak berbual dengan seorang perempuan.
Faiq sedang berbual dengan seorang perempuan atau sepupunya. Sambil gelak tawa. Feya angguk sekali sebelum memandang wajah Mika dan Hanif. Feya mengoyakkan senyuman di wajah.
Mereka berempat sambung makan dalam keadaan diam. Tak ada cerita yang mahu dibahaskan.
"Hai, Feya."
Feya memandang ke arah kiri. Lelaki itu melabuhkan punggung di sebelahnya. Feya senyum seraya angguk kepala sekali memandangnya.
"Awak dah makan, Faiq?"
Faiq geleng.
"Pergilah makan."
"Kau tunggu aku sekejap tau."
Faiq bangun meninggalkan Feya sebelum Feya angguk kepala. Langkah Faiq menuju ke sebuah meja yang penuh makanan.
Mika dan Hanif memandang ke arah kawannya itu. Sempat dijeling sekali. Entah apa tak puas hatinya dengan Faiq Noah tu.
Pagi ni saja sudah lima kali Mawar muntah. Nasib ada Feya teman dia di rumah, kalau tidak pasti dia susah seorang diri. Puan Zahira pula terpaksa ke surau ada hal.
YOU ARE READING
NOAH'S || C
Random🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡ NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra. Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...