BAB 39

2.6K 119 2
                                    

Hari ni Faiq mula bekerja setelah cuti empat hati. Dia mengambil cuti sehari untuk bersama dengan Feya. Hatinya masih belum tenang untuk bekerja dan tinggalkan Feya.

Setiap hari berdoa agar rumah tangganya harmoni tanpa gangguan luar. Faiq lelah keluarga kecilnya sering diganggu. Walaupun dirinya tidak rapat dengan perempuan lain, ada saja yang mahu mengganggunya. Menarik sangat dirinya sampai ramai kejar.

Feya duduk di sofa ruang tamu. Perut kecilnya diusap sayang. Sementara menunggu kepulangan Faiq, dia menonton siaran tv. Sudah tentu siaran kartun kegemarannya.

"Baby, mama kan suka tengok kartun. Sebab waktu mama kecil, kartunlah peneman mama. Bila mama dah besar, semua kartun ni hilang diganti siaran jual beli. Tapi tak apa, masih ada lagi siaran kartun dulu walaupun tak banyak," cerita Feya pada perut kecilnya.

Dia suka berbicara pada anaknya yang belum lahir itu. Dia juga suka melihat perbicaraan Faiq dengan anaknya. Makin menguatkan hubungan mereka.

Vroom! Vroom!

Motor besar milik Faiq masuk ke perkarangan rumahnya. Diparkir di tempat asalnya di garaj bersebelahan motor satu lagi.

Feya tersenyum lebar mendengar deruman motor Faiq sudah balik. Dia bangun dari duduknya dan menuju ke pintu utama. Pintu utama dibuka luas menanti suaminya.

Keihatan Faiq datang menghala ke pintu sambil membuka helmet full face nya. Senyuman lebar dihadiahkan pada Feya. Betapa gembiranya hati Faiq pabila melihat wajah isterinya selepas pulang kerja. Penat lelahnya hilang begitu saja.

"Assalamualaikum," ucap Faiq lembut sebelum menanggalkan kasutnya.

"Waalaikumsalam," sahut Feya.

Faiq meletakkan helmetnya di tepi pintu. Kemudian kasutnya di dalam rak kasut rumahnya.

"My babies okay hari ni?"

Faiq menghulurkan tangannya lalu Feya mengucup kekura tangan Faiq. Sebaik itu, jari jemari mereka kemas digenggam bersama.

"Okay. Cuma rindu habib je," jawab Feya dengan lenggoknya.

Faiq mengucup dahi Feya sekali. Mana tak blushing si Feya tu, apa Faiq buat semua dia blushing. Kupu-kupu terbang dalam perutlah. Main dengan anak dia orang. Comelnya.

"Habib dah bagitahu mama, kita dah ada anak? Feya lupa lah habib. Kita jumpa umi dengan abi je hari tu," soal Feya. Tiba-tiba teringatkan keluarga mertuanya.

"Dah. Habib bagitahu papa dan papa bagitahu mama, abang dengan Fayza. Papa gembira sangat nak tengok cucu kedua dia."

Feya angguk seraya mengukir senyum lebar. Dia pusing tubuhnya menghadap Faiq. Wajahnya didongak sedikit menatap wajah kacak suaminya. Faiq juga turunkan kepalanya.

Feya meninggikan sedikit kaki. Bibir Faiq jadi mangsa pautan bibir Feya sekejap.

"Kenapa ni? Tiba-tiba?"

"Saja. Hadiah habib jaga Feya sampai hari ni. Feya bersyukur dapat habib dalam hidup Feya," tutur Feya. Manis aje ayatnya. Cair Faiq.

"You are my priority, baby."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
NOAH'S || CWhere stories live. Discover now