"Faiq, Zahra dah okay?" soal nenek tatkala tubuh Faiq turun ke dapur.
"Belum, nek. Panas lagi badannya tu," kata Faiq. Subuh pagi tadi suhu badan Feya panas meninggi. Makan sarapan pun tidak selera. Risau Faiq melihatnya. Nasib Feya mahu makan panadol.
"Nanti nenek bagi air penawar. Kamu jangan tak makan pula. Ni nenek dah masak tengah hari," kata nenek. Lauknya juga sudah dihidangkan di atas meja makan.
Mika dan Hanif turun tangga dapur dan berlalu ke meja.
"Nenek dah siap masak kalau nak makan."
Mika dan Hanif angguk kepala. Nenek langsung naik ke bilik. Faiq duduk di sebelah kawannya itu. Mika menciduk nasi di dalam pinggan mereka bertiga.
"Buah hati aku dah okay ke?"
Faiq geleng.
"Dah jangan sedih. Kau makan. Kalau buah hati aku tahu kau tak makan, nanti dia lagi risau," pesan Mika. Dia nampak raut wajah Faiq yang risau itu.
Faiq cuba mengunyah makanan di hadapannya. Demi Feya. Dia tak mahu Feya sedih sebab dia.
Mika dan Hanif risau tengok Faiq. Mereka makan tanpa suara. Tidak seperti sebelum ni. Keadaan tak mengizinkan mereka.
Selesai saja makan, Faiq mengatur langkah ke bilik. Pintu bilik dikuak kecil itu ditutup semula. Faiq membuka tingkap bilik itu. Membiarkan angin lembut masuk ke dalam. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Feya yang diselubungi selimut itu.
"Sayang habib cepatlah sihat. Habib tak ada kawan," adu Faiq. Feya masih lena dalam tidurnya.
Faiq mahu menukarkan baju Feya yang belum mandi dari pagi tadi. Faiq bangun mencari kain kecil dan besen kecil. Besen kecil itu ditadahkan air paip.
Selimut yang menutupi Feya itu ditarik perlahan. Butang baju Feya ditanggalkan satu-persatu menampakkan kulit putihnya. Faiq sudah telan liur. Sabar.
"Sorry baby. Rezeki."
Kain kecil itu dibasahkan dalam besen kecil itu sebelum diperahkan. Faiq menggunakan kain kecil itu mengelap badan Feya. Wajah kecil Feya turut dilapnya.
Perlahan Faiq memusingkan tubuh Feya untuk lap belakangnya pula. Bahang badan Feya dapat dirasai Faiq. Panas sangat sampai lemah Feya dibuatnya.
Selesai saja, Faiq mengambil baju Feya di dalam almari untuk disarungkan. Seluarnya juga ditukarkan selepas mengelap kedua kaki Feya itu.
Baju tidur Feya di letakkan dalam beg laundry. Faiq bangun dari katilnya dan menutup tubuh Feya dengan selimut. Besen kecil dan kain kecil itu diangkat untuk bawa ke dapur.
"Habib," panggil Feya tatkala matanya melihat Faiq mahu keluar bilik.
Faiq meletakkan besen kecil itu diatas lantai dan berlari ke sebelah Feya. Dia melabuhkan punggung di atas katil sebelah Feya.
"Feya rindu habib."
Faiq angguk. Dia pun sama. Faiq menggenggam jari jemari Feya.
"Habib dah makan?"
Faiq angguk.
"Feya lapar."
"Baby habib lapar? Habib ambil makanan dekat dapur sekejap. Nenek baru siap masak tadi," kata Faiq.
Feya angguk perlahan. Faiq melepaskan genggamannya dan melulu keluar bersama besen kecilnya.
Dia mengambil sesenduk nasi dan lauk ayam masak lemak buatan nenek. Bersama secawan air mineral.
Faiq membawanya ke dalam bilik. Dia meletakkan pinggan dan cawan itu di rak sebelah katil mereka. Feya bangun dari pembaringan dan sandar di kepala katil. Faiq menyuapkan nasi pada Feya.
![](https://img.wattpad.com/cover/341435712-288-k140588.jpg)
YOU ARE READING
NOAH'S || C
Random🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡ NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra. Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...