BAB 45

2.6K 101 0
                                    

"Sayang nak beli air tak?"

Lampu isyarat bertukar merah. Faiq menghentikan motornya sebelum garisan putih. Tangannya turun bermain di kaki Feya. Diusiknya kain seluar hitam Feya.

"Boleh je," jawab Feya. Tekaknya belum rasa haus. Tapi kalau dah beli, kita habiskan saja lah. Tangannya kekal memeluk Faiq. Tiba-tiba rasa takut pula.

Waktu minta tak takut. Bila dah naik, turun naik darah dalam badan.

"Sayang ada nak pergi mana-mana?"

Aku diam sekejap. Keliling bangunan megah bersinarkan lampu itu aku perhati satu persatu. Cantik. Kalau di rumah abi, Feya hanya berjalan kaki. Itupun sampai kedai runcit bangunan depan kawasan perumahannya. Kali ni, Faiq membawanya keluar malam. Itu yang dia suka. Feya suka keluar malam.

"Ikut habib. Feya tak tahu tempat apa best waktu malam dekat sini," jawab Feya. Betullah tu. Satu, dia tak biasa duduk area sini. Dua, dia tak pernah kelur malam di area sini. Tiga, dia tak tahu ada apa dekat sini. Empat, fikir sendiri.

Lampu merah bertukar hijau. Faiq memulas throttle grip perlahan. Motornya melencung ke arah kanan. Waktu masih awal. Kebanyakkan kedai masih belum tutup. Faiq menunggang perlahan motornya. Kemudian, dia memberhentikan motornya di hadapan Tealive.

Perlahan Feya menuruni motor itu. Faiq juga. Helmet full face di kepala Feya dicabut perlahan oleh Faiq. Helmetnya juga. Feya membetulkan tudungnya yang sudah penyek akibat helmet.

"Habib nak beli Tealive ke?"

Faiq angguk. Kunci motornya disimpan dalam poket. Helmetnya dibawa sekali di tangan kanan. Tangan kirinya memimpin Feya ke dalam kafe ungu itu.

Satu susuk tubuh gadis yang berada di kaunter itu menyapa Faiq dan Feya dengan senyuman.

"Selamat datang. Encik dengan puan nak order apa?"

"Bagi Hazelnut Coco dengan Signature Coffee. Large size," jawab Faiq. Tangannya menyeluk ke dalam poket mengeluarkan dompetnya sementara gadis itu menekan skrin di hadapannya.

"Semua sekali RM19."

Faiq keluarkan not 50. Kemudian dihulurkan ke gadis itu.

"Baki tu simpan je. Kalau nak ambillah," kata Faiq selamba. Gadis itu angguk sekali. Senyuman di bibir disorok dahulu pabila mendengar balasan Faiq.

Faiq menoleh ke sebelah kirinya. Melihat Feya yang sedang memerhati keunikan kafe itu. Tatkala perasan dirinya diperhati, Feya memandang ke arah Faiq.

"Sayang pergi duduk dulu. Habib tunggu air sekejap," kata Faiq perlahan. Feya angguk dan melepaskan genggaman jarinya.

Bibirnya melakar senyuman melihat Feya berjalan ke sebuah meja. Dari belakang dah comel. Apatah lagi kalau dari depan. Macam penguin. Tambah pipi mochi.

"Encik," panggil seorang lelaki sebagai barista di situ. Faiq yang dengar namanya diseru memandang ke arah lelaki itu. Dua cup air di ambil.

"Terima kasih," ucap Faiq.

Lelaki itu hanya angguk kepala. Selepas itu, Faiq membawa air itu ke meja Feya duduk. Air Hazelnut Coco ith dihulur pada Feya. Air itu disedut sekali selepas menebuk straw.

"Thank you habib belikan air."

"No problem for my queen."

Cair. Hati Feya cair dengar jawapan Faiq. Bibirnya laju mengukir senyuman paling manis semanis kau. Eh?

"Habib, kalau Feya cakap habib jangan marah tau."

Faiq angkat kening. Airnya disedut lagi.

"Tak macam awal ke Mika kahwin? Feya tengok dia macam tak sudi je berumah tangga. Atau jodoh dia datang awal sangat? Atau sebenarnya jodoh dia orang lain?"

NOAH'S || CWhere stories live. Discover now