BAB 43

2.9K 119 3
                                    

Feya melilit tudung selendang di kepalanya. Cermin yang memantulkan dirinya berabaya biru gelap itu diteliti habis. Peniti dan kerongsang pilihan di cucuk di tudung bagi mencantikkan dirinya.

Terjungkit bibirnya tatkala melihat Faiq muncul dari belakang melalui cermin. Faiq menyeluk tangannya di bahagian perut Feya. Kepalanya dijatuhkan di bahu. Leher Feya yang ditutup tudung itu dicium. Bau wangian Feya menusuk ke dalam rongga hidungnya.

"Wanginya sayang."

Melebar senyuman Feya mendengar pujian suaminya. Tangan Faiq di bahagian perut itu mengusap perut Feya yang semakin membesar.

"Baby babah sihat tak dalam ni? Babah rindu baby lah."

"Habib, Feya dah siap."

Faiq melepaskan pelukannya. Tangannya memegang kedua bahu Feya. Memusingkan tubuh kecil itu menghadap dirinya. Anak mata Faiq dari atas di bawah turun hingga ke kaki.

"Tudung labuh, cek."

"Handsock, cek."

"Stokin, cek."

Anak mata Faiq naik kembali bertembung dengan anak mata Feya. Lebar senyuman di bibir pabila mata saling bertembung. Komunikasi guna mata ke tu? Mungkin.

"Maliqa sayang," panggil Faiq meleret. Matanya dikebil berkali-kali.

Feya faham. Bila dah kebil-kebil mata tu, mesti Faiq nak sesuatu. Feya cuba agak apa yang Faiq mahukan. Matanya dipincing tajam melihat wajah Faiq.

"Habib nak apa ni?"

"Nak gigit pipi boleh?" kata Faiq sambil jarinya menekan-nekan pipi gebu Feya. Dicubit sekali.

"Jangan cubit. Sakit."

"Sorry," ujar Faiq lembut. Lalu dia naikkan wajahnya berdekatan dengan Feya. Pipi Feya yang dicubit itu dikucup sekali. Lalu diusap perlahan.

"Habib, jom kita gerak. Nanti lambat habib masuk kerja dan papa akan marah habib."

Faiq pasrah. Tak dapat lagi. Tak apa. Kita cuba lagi nanti. Mana tahu hati dia tiba-tiba nak bagi. Kita ada plan nak kan pipi gebu dia tu. Plan yang pasti akan jadi. Haha. Siap kau Feya.

Faiq memimpin Feya turun anak tangga. Biasalah mak buyung kan. Silap langkah ni boleh beranak terus. Takut, takut.

"Nanti Feya tunggu sampai habib muncul depan pintu rumah. Jangan nak keluar seorang diri. Bahaya. Kalau keluar juga, jangan menangis pipi gebu tu jadi kempis nanti," pesan berbaur arahan dari mulut Faiq ikhlas untuk isteri tersayang.

"Baik, habib sayang," jawab Feya pasrah. Sudah berapa kali Faiq berpesan padanya hal yang sama.

Faiq membuka pintu kereta Audi hitamnya. Perlahan dia memasukkan Feya ke dalam perut kereta bahagian penumpang. Kemudian pintu keretanya ditutup. Kini, giliran dia masuk ke dalam perut kereta.

Enjin kereta dihidupkan.

"Maliqa panggil habib sayang lah. Ni yang membuatkan jantung habib tak normal ni," gurau Faiq. Bibirnya mengukir senyum lebar. Dia suka usik Feya.

Wajah neutral Feya tanpa secalit alat rias itu naik berona merah. Makin melebar senyuman Faiq melihat isterinya sudah merah tomato.

Kereta Faiq meluncur laju di atas jalan raya. Destinasi pertama sebelum ke pejabat adalah rumah keluarga Feya. Katanya hari ni mahu bersama dengan umi. Rindukan masakan Puan Zahira sekali.

Disebabkan perjalanan lebih kurang setengah jam, Feya tidak mahu melelapkan mata. Anak matanya melilau ke arah luar tingkap. Permandangan yang cantik itu dilihat puas. Mulut Feya terbuka luas menikmati keindahan alam.

NOAH'S || CTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang