Feya bangun dari tidur. Hari ni dia cuti solat, jadi Faiq tidak mengejutnya solat subuh. Matanya dibuka sedikit. Tangan Feya meraba-raba di sebelah kanannya. Faiq tiada.
Feya duduk dari pembaringan. Mengatur langkah ke bilik air. Mencuci muka dan gosok gigi.
Selesai itu, dia mula menuruni anak tangga. Matanya yang kabur itu digosok-gosok. Pandangan menjadi jelas. Satu persatu anak tangga itu dituruni.
Feya melangkah ke dapur. Di balik dinding itu dia melihat Faiq sedang rancak memasak. Perlahan Feya melangkah ke belakang Faiq. Tangannya menjalar di sekitar perut suaminya. Erat pelukan Feya.
Faiq terkejut lalu menoleh sedikit ke belakang. Terjungkit bibirnya melihat Feya sudah bangun. Feya memeluknya dari belakang.
"Assalamualaikum and morning, sayang," kata Faiq. Dahi Feya menerima kucupan Faiq.
"Waalaikumsalam and morning too, habib."
Faiq mematikan api dapur. Dia memusingkan tubuhnya. Kini Feya di hadapan Faiq. Faiq membalas pelukan Feya. Bibirnya dilabuhkan di atas dahi Feya.
"Habib masak apa?"
"Masak spageti je," ujar Faiq. Feya sudah menongkatkan kepalanya di atas dada Faiq. Wajahnya didongakkan ke atas. Faiq menurunkan anak matanya. Wajahnya juga diturunkan sedikit.
Laju Faiq mencium bibir Feya. Membuatkan Feya tersenyum lebar.
"Morning kiss from me to my beautiful maliqa," ujar Faiq. Makin lebar senyuman Feya dibuatnya. Cair hati Feya.
"Kenapa habib tak kejut Feya? Kesian habib masak sorang-sorang."
Kepala Faiq geleng perlahan.
"Jom makan. Sayang duduk dulu, habib ambil pinggan," arah Faiq. Pelukannya dileraikan.
Feya angguk dan atur langkah ke meja makannya. Air teh panas yang siap dibancuh Faiq di tuangkan ke dalam cawan sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi. Satu untuknya dan satu untuk Faiq.
Faiq datang ke meja makan bersama satu pinggan spageti di tangannya. Dia mengambil tempat di sebelah Feya.
"Kenapa satu je? Mana habib punya?"
"Kita kongsi. Habib ambil banyak ni," kata Faiq.
Feya angguk faham. Sejujurnya dia suka bila Faiq menyuapkan makanan kepadanya. Boleh lah nak manja-manja sekali.
Setelah Faiq membaca doa makan, dia menyuapkam sesudu spageti ke mulut Feya. Kemudian ke dalam mulutnya. Mereka makan silih berganti.
"Nampaknya seminggu habib kena puasa," kata Faiq dengan nada kendurnya.
Dahi Feya berkerut. Dia tak faham. Kenapa puasa seminggu?
"Puasa apa ni habib? Puasa ganti ke?"
"Puasa tu lah. Sayang kan cuti. Jadi, habib pun kena cutilah daripada kacau Feya malam-malam macam sebelum ni," luluh hatinya berkata.
Feya sudah tawa kecil. Oh puasa tu. Feya faham apa yang dimaksudkan Faiq. Feya sudah senyum nakal. Giliran dia mahu kenakan Faiq kali ni.
Tangannya masuk ke dalam baju Faiq. Jari jemarinya bermain dengan six pack Faiq. Faiq sudah telan liur. Dia nampak Feya ukir senyum nakalnya. Laju tangannya menghentikan gerakan Feya. Kepalanya menggeleng merayu tatkala mata mereka bertembung.
Tergetus tawa Feya.
"Apa ni sayang? Habib terluka tau sayang buat macam ni," rintih hati Faiq. Mukanya sudah tayang wajah sedih.
Feya masih belum habis tawanya.
"Asyik habib je kenakan Feya. Biar Feya pula kenakan habib," kata Feya selamba. Tawanya sudah hilang.

ANDA SEDANG MEMBACA
NOAH'S || C
Casuale🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡ NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra. Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...