"Habib?" Feya meraba sisinya. Kosong. Mungkin Faiq turun selepas menidurkan dirinya.
Ding! Dong!
Bel rumah berbunyi.
Feya turun dari katil. Pintu bilik dikuak sedikit. Langkahnya berjalan ke arah tangga. Perlahan kakinya meniti turun ke ruangan bawah.
Ding! Dong!
Feya melihat suaminya bergegas membuka pintu rumah. Langkahnya diteruskan. Matanya tidak lekang dari melihat gerak geri suaminya itu.
Tatkala suaminya membuka pintu, satu susuk tubuh wanita memeluk erat tubuh sasa Faiq.
Terbungkam mata Feya melihat wanita itu memeluk suaminya. Laju langkahnya berlari mendapatkan mereka di depan pintu. Dah tak kisah dengan anaknya dalam perut. Hatinya sudah panas melihat aksi yang tidak menyenangkan itu.
"Habib!" jerit Feya sekuat hati.
Faiq menoleh ke belakang. Mulutnya sudah ternganga melihat Feya berlari mendapatkannya. Risau terberanak nanti.
"Sayang," kata Faiq luruh.
Sekuat tenaga kudratnya, Feya melepaskan tangan wanita itu dari tubuh Faiq. Faiq juga berusaha bebas dari pelukan.
Saat pelukan mereka terlerai, wanita itu memandang wajah Faiq dengan sedihnya. Hidung dan matanya merah akibat tangisan yang lama. Mungkin? Perempuan kan kuat berlakon. Kan kan kan?
Pang!
Feya menampar pipi perempuan itu sehingga kepalanya tertoleh ke kanan. Rambutnya yang lepas itu jatuh menutup wajah. Tangannya naik mengusap pipi. Air matanya kian pecah mahu mengalir kembali.
"Kau," tempik Feya
Faiq menahan tubuh Feya dengan memeluk dari belakang supaya tidak mara ke hadapan. Hampir saja tubuh wanita di hadapannya di tolak kuat oleh Feya. Jari telunjuk Feya naik menunjuk ke arah wajah wanita itu.
"Kau, Ilana. Sekali lagi aku nampak kau jejak rumah ni atau jumpa Faiq, aku tak akan agak untuk buat kau lebih dari tadi. Selama ni aku diam, kau pijak," bidas Feya tegas.
Dirinya yang menahan amarah sejak dulu pada Ilana berkobar-kobar keluar. Selama ini, dia hanya diam. Dia tahu melepaskan marah datang musibat. Tapi, apa dia boleh buat. Perempuan di hadapannya mahu mengambil kepunyaan Feya.
Ilana dia tidak berkutik. Wajahnya yang bertutup rambut itu ditegakkan. Matanya dipandang ke bawah. Tidak berani melihat baran Feya. Dia fikir Feya baik saja.
"Kau berambus dari rumah ni dan jangan munculkan lagi diri kau depan aku dan Faiq. Kau pergi cari jantan lain atau cinta pertama kau," sambung Feya lagi. Walaupun suaranya perlahan namun tegas didengar.
"Kalau kau nak tahu, cinta pertama kau dah balik Malaysia. Pergi cari dia sampai mampus. Satu lagi aku tak pernah rembat cinta pertama kau, Inara. Dia yang datang kejar aku. Mungkin waktu tu aku nampak cantik dekat mata dia," kata Feya dengan nada gurauan. Feya sudah senyum senget. Mahu mengapikan lagi keadaan.
"Feya, a... aku minta ma... maaf," ujar Ilana gagap. Hatinya bagai dipanah petir dengan kata-kata Feya.
"Maaf? Muka kau minta maaf?" sindir Feya. Bibirnya naik terjungkit sebelah.
"Untuk pengetahuan kau, Faiq bukan cinta pertama kau. Dia cinta pertama aku. Jangan sesekali cuba nak pisahkan kami kalau kau tak nak badan kau kena pisah satu-satu. Sila berambus."
Wajah terkejut Ilana naik memandang wajah Feya. Kawan lamanya ini sudah bukan lagi seperti yang dia kenal. Bukan Feya yang lemah lembut dan ikut cakap orang. Aura hitam terasa kuat.

YOU ARE READING
NOAH'S || C
Random🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡ NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra. Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...