BAB 27

3.1K 148 0
                                    

"Habib, tak nak kerja lah sayang," rengek Faiq. Kepalanya sudah jatuh di ceruk leher Feya. Feya tersenyum kecil mendengar rengekan Faiq yang sudah ke berapa kali.

Dari awal bangun sampailah sudah siap berpakaian kerja. Ayat yang sama diungkapkan. Penat Feya dengar.

"Mana boleh tak kerja. Habib kan nak kena ganti papa dekat syarikat. Habib kenalah rajin," kata Feya. Dia sudah tidak tahu bagaimana mahu menenangkan suaminya itu.

"Mana sayang tahu tentang tu?"

"Abi cerita. Syarikat abi ada projek dengan syarikat papa. Lepastu, abi dengan papa kan kawan baik. Feya dah lama kenal papa," jawab Feya.

Faiq terkejut. Kepalanya ditegakkan semula.

"Really?"

Feya angguk seraya mengukir senyuman.

"Kenapa Feya tak kenal habib?"

Tergetus tawa kecil Feya. Tangannya menarik tangan suaminya keluar dari bilik. Satu persatu anak tangga dituruni. Faiq masih terpinga-pinga hanya ikut gerakan Feya.

"Feya kenal habib sebelum habib selamatkan Feya," jawab Feya selamba.

Feya menyuruh Faiq duduk di meja makan. Nasi goreng itu diciduk ke dalam pinggan Faiq.

"But how?"

"You are my childhood friend, habib."

Faiq masih tak faham melihat Feya sudah tersengih-sengih. Dia langsung tiada memori bersama Feya ketika dulu.

~~~

"Zahra, bagi bola tu dekat Faiq."

Feya geleng kepala. Bolanya dipeluk erat. Kakinya sudah bersedia untuk berlari.

"Satu... Dua... Tiga..."

"Lariiiii."

Laju larian Feya melangkah. Keliling padang itu dia berlari bersama bola kecil itu. Faiq yang sudah geram terus lari mengejar Feya.

"Zahra, bagi bola Faiq," jerit Faiq.

Langkah Faiq semakin laju. Tangannya dipanjangkan mencapai rambut Feya.

Dapat saja, tangan Faiq menarik rambut Feya. Feya terhenti lalu tergolek ke belakang.

Dush!!

"Sakitlah," adu Feya.

Faiq melepaskan rambut Feya.

"Zahra, siku awak berdarah."

Faiq panik. Tapi Feya selamba tidak merasa sakit.

"Tak sakitlah. Nak ambil balik bola awak. Tapi dengan syarat," kata Feya. Tangannya yang menghulur bola itu ditarik semula.

"Apa?"

"Saya nak panggil awak Noah. Dan saya nak jadi Noah's macam dalam tv tu," ujar Feya.

"Boleh. Dah sini bola saya," kata Faiq. Tangannya merampas bola dari Feya.

Walaupun masih kecil, Faiq faham apa yang dikatakan Feya kerana umurnya sudah meningkat tiga belas.

Faiq berlari meninggalkan Feya di situ.

~~~

"Kiranya habib dah tepati janji lah ni," soal Faiq lepas dengar cerita dari Feya.

Feya angguk kepala. Nasi goreng itu disuapkan dalam mulut.

"Tapi habib minta maaf sebab habib tak ingat," luluh hatinya berkata.

NOAH'S || CWhere stories live. Discover now