Seusai makan malam, Feya duduk di sofa ruang tamu sendiri. Apa lagi kalau bukan menonton Spongebob dia tu. Puan Zahira pun pelik tengok anak dara dia yang seorang ni. Dah besar gajah, tengok kartun kalah budak-budak.
Feyyaz pula di meja kecil ruang tamunya. Buat kerja sekolah sambil tengok kartun Feya. Teman kakak katanya.
Puan Zahira dari dapur melangkah ke ruang tamu di mana anak-anaknya duduk. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Feya yang sedang memeluk bantal kecil. Tersenyum kecil Puan Zahira melihat anak-anaknya.
"Umi rasa umi nak buat kenduri lah hujung minggu ni. Feya dengan Feyyaz okey tak?"
Dengar saja uminya berkata, empat anak mata terus menoleh ke arah Puan Zahira. Berkelip-kelip mata anak-anak Puan Zahira memandangnya.
"Kenduri apa umi?" soal Feyyaz. Tangannya diberhenti seketika apabila bercakap dengan Puan Zahira.
"Kendurilah. Feyyaz kan dapat straight A periksa pertengahan tahun. Syarikat abi pula tengah menaik sekarang ni. Kenduri atas rezeki yang telah Allah berikan," kata Puan Zahira lembut kepada dua anaknya itu.
Wajah Feya disisi diusap sekali. Feya dan Feyyaz angguk tanda faham. Puan Zahira hanya senyum kecil melihat anak-anaknya.
"Feyyaz nanti ajaklah kawan-kawan. Feya ajak sekali Faiq dengan kawan dia," kata Puan Zahira lagi.
Sungguh Puan Zahira suka sangat dengan kehadiran Faiq Noah dan kawan-kawannya. Rumahnya yang sunyi menjadi riang. Feya disisi sudah menayang wajah pelik. Umi biar betul. Lain macam.
"Insya Allah umi," jawab Feya dan Feyyaz serentak.
Setelah mendengar jawapan, Puan Zahira pamit menuju ke bilik meninggalkan anak-anaknya. Feyyaz meneruskan kerja sekolahnya.
Feya mencapai telefon di selit sofa itu. Membuka whatapps mencari nama Faiq Noah. Nak bagitahu tentang kenduri tadi. Jari-jemari Feya perlahan menaip papan kekunci itu.
Faiq Noah
Assalamualaikum awak. Saya ada benda nak bagitahu
Ruangan chat itu ditutup sementara menunggu Faiq membalas. Kembali menonton si kuning kepala petak. Bukan adudu je kepala petak. Spongebob pon sama tau.
Matanya beralih melihat Feyyaz sedang khusyuk buat kerja sekolah. Rasa kesian pula. Tapi dulu pun kita macam tu juga. Nak SPM sampai tak tidur malam di buatnya.
"Feyyaz lama lagi ke? Akak teman sampai siap okey," soal Feya lembut. Rasa kasihan terhadap Feyyaz.
Feyyaz memandang wajah kakaknya itu. Kepalanya diangguk perlahan seraya mengukir senyuman di bibir. Bestnya dapat akak yang baik macam ni.
Feyyaz sambung menyiapkan kerjanya. Jam baru pukul sembilan setengah malam. Awal lagi.
Ting!
Nama Faiq Noah tertera di skrin telefon Feya. Laju jarinya menekan ruangan chat itu.
Faiq Noah.
Waalaikumsalam.
Apa benda tu?
Hujung minggu umi saya nak buat kenduri.
Umi suruh saya ajak awak dengan kawan-kawan awak sekali datang.
Boleh?
Kalau aku datang seorang je tak boleh ke?
Kenapa?
YOU ARE READING
NOAH'S || C
Random🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡ NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra. Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...