Seusai mengemas dapur, Feya menapak ke kolam luar. Kerusi yang menghadap kolam itu diduduknya. Kolam biru itu ditenung lama. Menunggu suaminya menyiapkan kerja.
Faiq terus saja masuk ke bilik kerja selepas makan malam. Katanya ada kerja lagi yang tertangguh belum siap. Jadi, dia mahu siapkan dengan cepat.
Feya menyandarkan badannya ke belakang. Telefonnya dibuka. Mungkin ada isu semasa tengah panas.
Instagramnya dibuka. Tiada langsung mesej dari kawan-kawannya atas ucapan perkahwinan. Sudah pertengahan dua bulan aku kahwin, batang hidung kawan-kawannya langsung tidak nampak. Cuma Athirah saja setia disamping.
"Nasib aku tak ramai kawan dulu. Jadi, dah terbiasa seorang macam ni," gumam Feya sendiri.
Aplikasi Instagram keluar.
Telefon Feya berdering. Nama di skrin telefonnya membuatkan bibir Feya terjungkit naik. Umi kesayangannya.
Ikon hijau itu digesek ke atas. Telefonnya dilekapkan di telinga kirinya.
"Assalamualaikum, kakak."
"Waalaikumsalam, umi. Umi sihat? Abi, adik dengan Mawar sihat tak umi?"
"Alhamdulillah kami sihat. Kandungan Mawar pun sihat. Baby Mawar lagi dua bulan. Kakak dengan Faiq sihat tak?"
"Alhamdulillah sihat umi. Umi, kakak minta maaf tak dapat balik sana. Nanti kalau ada masa, kakak balik tengok umi dengan abi."
"Tak ada apalah kakak. Sekarang tanggungjawab kakak di sisi Faiq. Jangan lupa tugas kakak."
"Insya Allah tak lupa umi."
"Umi nak masuk tidur dulu. Abi krim salam rindu dengan princess dia. Jaga diri sayang umi. Kirim salam dekat Faiq."
"Baik umi. Umi dengan abi jaga diri juga. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
Perbualan mereka tamat. Feya menarik telefonnya dari telinga.
"Siapa call?" kata suara dari belakang Feya.
"Allahuakbar, habib," latah Feya. Dirinya terkejut mendengar suara dari belakang telinganya. Dadanya diusap perlahan.
Faiq ketawa kecil melihat lagat isterinya. Kerusi dia sebelah Feya diduduknya.
Feya mematikan telefonnya dan letak di atas riba.
"Umi telefon. Umi kirim salam dekat habib," kata Feya.
"Waalaikumsalam."
"Habib dah siap kerja ke?" soal Feya.
Faiq angguk kepala.
"Baby habib dah habis cuti ke?" soal Faiq. Matanya dikedipkan beberapa kali.
Feya geleng kepala. Dia faham apa yang dimaksjdkan Faiq. Lihat saja gelengan Feya, bahu Faiq jatuh.
Tangan Feya mencapai wajah Faiq. Muka Faiq ditekupnya.
"Habib jangan macam ni. Lain kali kan ada," pujuk Feya.
"Habib gurau je."
Gurau-gurau pun wajahnya sudah cemberut.
"Muka tu. Jangan muncung-muncung dah. Jom naik tidur," Feya pujuk Faiq lagi. Tangan kanannya sudah menarik Faiq masuk ke dalam rumah. Telefonnya sudah kemas dalam genggaman tangan kirinya.
Sebelum melangkah ke tangga, Faiq mengunci pintu sliding tepi kolam itu. Sebaik saja mengunci pintu, Faiq mencempung tubuh Feya naik ke bilik.
"Habib, Feya boleh jalan."
YOU ARE READING
NOAH'S || C
Random🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡ NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra. Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...