FAIQ || FEYA

5.4K 172 19
                                    

"Babah!"

"Babah, sini. Tengok adik ni," panggil Naira dari halaman belakang rumahnya. Panggilan tadi tiada sahutan.

"Babah! Mama!"

Kuat laungan si kecil memanggil orang tua nya.

"Ya, sayang. Sekejap," laung Feya kembali dari ruangan dalam rumahnya. Jejak saja kaki ke halaman luar, Feya terkejut.

Anak matanya terbeliak memandang anaknya yang berdiri tegak di situ.

"Kakak, seriously?" soal Feya pada Naira. Naira angguk seraya senyuman di bibir tidak lekang. Dia menanti tubuh babah nya di sini.

"Mama, mana babah?" soal Naira. Feya diam tidak terungkap. Dia hanya mengamati permandangan di situ.

Naira berlari ke pintu belakang.

"Babah, sini!"

Tubuh Faiq menjelma di ruangan mata Naira. Dia memimpin tangan Faiq ke ruangan luar. Faiq terhenti di sisi Feya. Manakala Naira pula pergi ke arah adiknya Nafra.

Maisng-masing masih terpegun dan terkejut.

"Naira, siapa buat adik ni?" soal Feya lambat. Bibirnya mahu saja naik menyungging senyum.

"Naira lah mama. Cantik tak?" Naira pinta dipuji. Bibirnya menanti pujian dan ujaran dari Feya dan Faiq.

"Cantik kakak. Pandai kakak buat adik nampak cantik. Babah suka lah," ungkap Faiq lalu mendekati Nafra. Si kecil itu sudah tersenyum malu.

"Cantik kakak letak bunga dekat rambut adik. Pandai kakak ikat rambut adik nampak cantik," puji Feya. Sekeliling rambut Nafra diteliti nya. Bibirnya naik senyum gembira.

Faiq mencuit pipi Nafra membuatkan si kecil itu ketawa riang. Nafra memeluk tubuh Faiq yang mencangkung di hadapannya. Dikucupnya kedua pipi Faiq dengan lama.

"Naira nak juga," terlompat-lompat Naira di sisi mahu melakukan seperti adik nya.

"Sini," panggil Faiq lembut. Si kecil itu terus mendekati Faiq dan lakukan hal yang sama.

Naira dan Nafra kini dalam dakapan Faiq. Dia mengucup pipi anaknya itu.

"Love you babah," ungkap Naira.

"Lope uu babah," giliran Nafra mengungkapkannya dengan sedikit pelat. Bibirnya baru saja belajar menutur.

Faiq gelak kecil.

"Babah je. Mama tak nak ke?" Feya peluk tubuh tidak jauh dari mereka.

Ketiga-tiga pasang mata itu laju memandang ke arah Feya. Mereka tawa bersama. Naira dan Nafra laju memeluk betis mama nya. Membuatkan Feya turun mencangkung di situ.

"Kakak sayang mama," ungkap Naira lalu mengucup pipi Feya.

"Adik pun sayang mama."

Pipi anak nya digomol sedikit sebelum dia melabuhkan bibirnya di situ. Dikucupnya pipi anaknya dengan penuh kasih sayang.

"Mama pun sayang kakak dengan adik," kepala anaknya diusap lembut.

"Meh sini mama nak ambil gambar. Adik dah cantik dengan bunga-bunga atas kepala tu," sambung Feya. Telefon dipoket kainnya dikeluarkan.

Dua beradik itu berdiri di hadapan Feya dan Faiq. Naira memeluk bahu Nafra. Digayakan jari dan badannya setiap kali Feya mengira nombor.

Naira mengucup pipi adiknya. Sempat Feya menangkap momen itu.

Faiq di sisi senyum bahagia. Melihat telatah dua anak daranya dan bidadari di sisinya.

NOAH'S || CWhere stories live. Discover now