Selesai makan beramai-ramai kecuali Mika, Puan Zahira dan Encik Firdaus pamit masuk ke bilik terlebih dahulu. Mahu berehat sebelum masuk waktu zohor. Hanif Mawar pula menjaga Cempaka. Siap saja ibunya makan, mulalah menangis si kecil molek itu. Jasnita hanya duduk di ruang tamu sambil menunggu kepulangan suaminya.
Faiq dan Feya pula bergerak ke studio. Sudah lama tidak ke sana. Lagipula, Feya rindu mahu memegang berus cat dan kertas kanvas.
"Maliqa sayang nak lukis dekat kertas mana? Habib boleh ambilkan," tanya Faiq. Dia menunggu isterinya memilih berus cat dan warna air di dalam sebuah kotak besar. Lama sangat pilih tu.
"Habib pilihlah mana yang habib nak. Semuanya ada dalam bilik tu," kata Feya sambil menunjuk ke arah bilik peribadi miliknya.
Faiq angguk perlahan sebelum melangkah ke bilik peribadi isterinya. Banyaknya kanvas. Ni kedai lukisan ke studio budak-budak. Faiq tekun memilih kanvas mana yang sesuai untuk Feya melukis.
Akhirnya dia memilih kertas kanvas bersaiz sederhana baginya. Dibawa keluar lalu meletakkan di atas kayu kaki tiga pemegang kertas kanvas itu. Melihat di sisi, Feya menghampiri dirinya sambil membawa sekotak warna air dan beberapa batang berus cat.
Feya meletakkan alat lukisan itu ke atas meja kecil sebelah kayu itu. Kemudian dia berdiri di hadapan Faiq. Faiq sudah berkerut dahi pelik. Kolar baju Faiq ditarik perlahan supaya wajahnya rendah dengan wajah Feya.
Feya melabuhkan bibirnya di atas bibir Faiq sekejap. Kolar baju Faiq dilepaskan. Tanpa rasa bersalah atau tidak berperasaan, Feya duduk di kerusi hadapan kanvas itu.
"Sekejapnya sayang," rengek Faiq. Kepalanya jatuh di atas ceruk leher Feya. Leher Feya yang berbalut tudung bawal itu dicium sekali.
"Minta lebih memang tak dapat. Feya bagi ikut had. Nasib habib lah," ujar Feya dengan gurauannya. Faiq kemudian duduk di sofa single sementara menunggu isterinya bertarung di atas kertas itu.
"Dulu ingat tak waktu kita kemas studio Feya dengan Hanif sekali?"
Faiq angguk sambil memandang wajah Feya.
"Waktu tu, ingat tak habib kata habib nak tengok Feya melukis. Sekarang Feya tepati apa yang Feya cakap dulu," ujar Feya seraya menayang senyum lebar pada Faiq.
Makin lebar senyuman Faiq tatkala dapat melihat Feya melukis seperti yang dia pinta sebelum ini.
"Maliqa sayang nak lukis apa?"
"Secret," kata Feya selamba. Kemudian dia mula berperang dengan warna air dan berus cat di atas kertas itu.
Bermula dengan warna biru cair kemudian pekat dan beralih ke arah merah jambu cair. Dicalitkan juga sedikit warna ungu cair disamping warna merah jambu.
Faiq di sisi hanya diam melihat tangan Feya yang lincah di atas kanvas itu. Tak lekang bibirnya mengukur senyuman buat isterinya. Anak matanya juga terpegun melihat Feya makin cantik ketika berperang.
'Mesti seronoknya kalau aku pun pandai melukis. Boleh main cat sama-sama.'
YOU ARE READING
NOAH'S || C
Random🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡ NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra. Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...