Feya menjeling ke arah kanan. Jejaka itu sedang bermain bersama Naira di atas sofa. Feya pula sambung menonton televisyen itu di sofa single. Tapi, hatinya masih terbit perasaan bersalah dengan pengakuan dari bibir Faiq seminggu lepas. Perubahan Faiq mendadak selepas kejadian itu.
Sebelum ini Feya yang merajuk, kali ni Faiq mula tidak mahu menyusahkan Feya. Walaupun Feya mahu membantunya, Faiq mesti bantah kerana dia mahu lakukan sendiri. Faiq akan pastikan dia mahu lakukan sendiri. Bibirnya juga menutur hanya beberapa patah saja. Itupun perkara penting. Selebihnya hanya dengan Naira.
Gembira anak kecil itu bermain bersama Faiq. Tatkala bersama Feya, Naira lain. Tidak sama tingkah si kecil bila bersama Faiq atau Feya. Naira lebih selesa dengan Faiq. Kalau mahu bermain, Naira pasti akan mencari Faiq.
Feya diam kembali menonton televisyen. Dalam masa yang sama dia akan menjeling melihat hubungan anak dan bapa itu. Sudut hatinya dia cemburu. Dia mahu bersama Faiq dan Naira. Dia mahu luangkan masa seperti sebuah keluarga. Hubungan dia dan Faiq juga pasang surut selepas Faiq keluar hospital.
Faiq perasan dirinya diperhati. Dia keluh kecil. Matanya memerhati tingkah gadis itu. Tidak tenang diri itu menonton televisyen. Rasanya tv tu tengok Feya.
"Maliqa, come here," panggilan Faiq membuatkan Feya sedikit tersentak. Mulutnya terus ternganga dan melopong besar. Bukaan matanya sangat besar. Wajahnya tidak percaya melihat Faiq.
Faiq tertawa kecil melihat wajah Feya yang aneh dengan panggilan itu. Dia faham. Dia tahu.
"Ulang semula," arah Feya. Dia cuba membuka telinga seluas-luasnya. Walaupun dia rindu dengan gelaran itu tak bermaksud dia mahu mendengatnya sekarang.
Dia tahu kondisi Faiq yang masih cuba untuk ingat dirinya. Tifak pernah dipaksa untuk memanggil kerana dia tahu Faiq mungkin belum selesa dengannya.
"Maliqa, habib panggil ni. Sini. Come here," ulang Faiq dengan alunan lembut dan perlahan. Dia menjelaskan patah perkataannya supaya selamat masuk ke dalam telinga isterinya.
Feya masih tidak percaya. Makin besar mulutnya terbuka luas dan ditutup dengan tapak tangannya.
"Awak kena sampuk ke? Awak dah sihat? Atau awak ada makan pil gila? Awak siapa sebenarnya?" banyak soalan yang keluar dari bibir kecil itu. Sungguh dia masih tidak percaya.
Faiq geleng kecil. Bibirnya meniti senyum kecil. Bila lupa marah, bila ingat cakap gila pula tu. Ni lah perempuan. Complicated.
"Comellah sayang ni," puji Faiq dengan tawa kecilnya.
Feya menaikkan kakinya ke atas. Dipeluk erat ke dada. Serasa bukan dia bercakap dengan Faiq. Masa seminggu sangat mengubah Faiq. Tangannya di tadah atas lutut.
"Ya Allah, kembalikan suami saya. Saya rindu dia. Walaupun dia hilang ingatan saya tetap sayang dia. Tapi, yang ni bukan suami saya. Dia orang lain," doa Feya. Tangannya mengaminkan doanya.
Anak matanya dipincilkan memandag Faiq. Dia masih tidak percaya dengan patah yang keluar dari bibir suaminya itu.
"Saya tak kena sampuk, sayang. Saya nak ingat awak. Sebab tu saya panggil macam tu. Mana tahu saya boleh ingat," balas Faiq tenang. Bibirnya tak lekang dari senyum melihat gelagat isterinya itu.
"Ba...bah," panggil Naira yang berada di sisi Faiq. Si kecil itu mula berdiri dan memegang bahu Faiq.
"Yes, princess. Princess nak apa?" soal Faiq. Tangannya memegang tangan kecil Naira supaya tidak jatuh. Kakinya perlahan berjalan ke arah Feya. Faiq memerhati langkah Naira.
Sampai sahaja Naira pada Feya, wajah itu terus menyembamkan pada kaki Feya yang berada di atas itu. Terkejut Feya melihat anaknya bagai mencium kakinya. Tahulah syurga, tapi jangan begitu.
YOU ARE READING
NOAH'S || C
Random🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡ NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra. Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...