"Atok. Rindunya Zahra dekat atok."
Tubuh tua itu dipeluk erat. Faiq hanya tersenyum melihat isterinya manja dengan atok dan neneknya. Jadi, dia membuat kesimpulan Feya manja dengan atok, nenek dan dia saja. Keluarga dia sekali.
Faiq bangun dari duduknya dan mencium kekura tua itu.
"Sudahlah kakak. Lemas atok cam ni," kata atok Feya. Dia menolak perlahan kepala Feya di dadanya itu. Pelukannya diketatkan lagi. Atok Feya terus duduk di kerusi. Baru lah pelukan itu dilepaskan. Feya melabuhkan punggungnya di sebelah atok.
"Ni suami kamu ya?"
Feya angguk.
"Datang asing ke? Ada dua kereta dekat luar tu?"
"Taklah atok. Tu kereta kawan Faiq. Kawan dia pergi jalan-jalan cari jodoh," ujar Feya langsung menyuapkan cekodok pisang ke mulutnya.
Atok Feya angguk faham.
"Assalamualaikum."
Dua lelaki itu menghampiri meja makan di dapur. Mika dan Hanif langsung mengucup kekura atok Feya.
"Ni lah atok kawan suami Zahra. Ni Hanif, yang ni Mika," kenal Feya. Mika dan Hanif turut melabuhkan punggung di sebelah Faiq. Cekodok buatan nenek Feya itu disuapkan ke mulut.
Nenek yang melabuhkan punggumg di sebelah atok itu tersenyum sendiri melihat cucu-cucunya balik. Dia tetap melayan Mika dan Hanif sebagai cucunya sendiri.
"Zahra dah tunjuk bilik?"
Feya geleng kepala.
"Ish budak ni. Aku sekeh kepalanya karang, tak jadi apa," tempik nenek Feya. Mana taknya, Mika dan Hanif pun baru balik dari berjalan. Tadi pula kena pujuk Faiq merajuk.
"Mika dengan Hanif duduk bilik acu paling hujung. Zahra kamu bawa laki kamu bilik acik, bilik umi kamu. Lepastu, kamu jantan dua ekor mandi tandas luar. Tandas dalam untuk yang dah kahwin," terang nenek Feya satu persatu. Senang kerja Feya dibuatnya.
Ternganga Mika dan Hanif dengar kata neneknya. Mandi luar? Faiq ketawa kecil melihat reaksi kawannya itu. Nasib dah kahwin.
"Nenek, Mika alergik dengan nyamuk nek. Tolong lah nenek," pujuk Mika. Dia membuat muka comelnya depan nenek. Bak kata Feya, ingat nenek nak layan. No means no.
"Mandi je lah, cu. Tak adanya nyamuk nak kacau kamu. Tengok kamu pun tak berselera," kata atok Feya.
Tergetus tawa Faiq dibuatnya. Mika dan Hanif jeling melihat Faiq ketawakan mereka. Kau sabar Faiq. Ada ubi, ada batas. Ada hari, kami balas. Pandangan maut diberikan pada Faiq.
Feya ketawa kecil melihat tawa besar Faiq. Pertama kalinya dia melihat Faiq ketawa sehingga nampak gusi. Menawan dan tertawan. Pandai atok buat Faiq ketawa. Dapatlah Feya cuci mata.
"Betul kata atok. Paling tak pun ada lipan mengendap je nanti," aku panaskan api yang membara. Bukan selalu nak kacau Mika ni. Biasalah budak tak pernah mandi tandas luar.
"Buah hati, awak jangan nak panaskan keadaan ya. Nanti saya buat awak suka saya, susah awak tau," kata Faiq mahu menangis.
"Banyak lah kau nak suruh dia suka kau. Dia aku punya," celah Faiq. Tawanya terhenti dengar ayat Mika. Memang cari nahas Mika ni. Waktu-waktu begini pun nak cari gaduh.
Mika dan Hanif sudah redha. Mandi jelah. Kena hendap pun dengan lipan je, bukan dengan anak dara kan. Baik mandi sebelum matahari hilang. Kalau lepas pukul tujuh mesti gelap.
Cekodok pisang nenek dihabiskan mereka semua. Sedap sangat resepi nenek ni. Dah lah cekodoknya gebu macam pipi nenek. Silap-silap bukan makan cekodok, pipi nenek tu yang kena makan.

ANDA SEDANG MEMBACA
NOAH'S || C
Random🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡ NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra. Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...