FAIQ || FEYA

4.5K 166 17
                                        

Sekeliling rumah banglo itu dia pusing. Mencari kelibat si kecil dan suaminya yang hilang selepas solat asar berjemaah. Dia penat. Menjerit banyak kali juga tiada sahutan.

Beginilah jika dua beranak itu disatukan. Sudahlah si kecil itu tidak mahu berpisah dengan babahnya. Dan si babah pula jenis melayan saja. Dia bagai orang ketiga dalam hubungan itu. Sabar je lah. Nak kata cemburu tu, sudah tentulah ada.

Feya duduk di tepi kolam. Tudung sarungnya sudah cantik terletak di kepala. Sudah menjadi kebiasaan dia akan keluar rumah dalam keadaan bertudung. Air kolam yang tenang itu ditenung seketika sebelum mendonggak ke langit. Cuaca petang hari ni memang menyenangkan.

Pintu pagar rumah banglo itu terbuka sedikit. Bunyi deruman motor hitam yang dia kenal masuk ke perkarangan rumah itu. Feya memincingkan matanya. Mahu melihat gerangan yang datang kerumahnya.

Lihat saja Faiq membawa Naira diatas motor berkuasa tinggi itu, laju saja Feya tepuk dahi. Sudah tiada ayat mahu diungkapkan. Sejak bila mereka keluar? Tak dengar pun bunyi motor lepas solat tadi.

Faiq mematikan enjin motor dan menurunkan Naira ke tanah. Si kecil itu berlari mendapatkan Feya. Dia memeluk kaki Feya sehingga gadis itu terundur sedikit.

"Mama," gumam Naira.

"Ya, sayang. Naira pergi mana dengan babah? Tak ajak mama pun," rajuk Feya. Dia memuncungkan sedikit bibirnya tanda merajuk.

Faiq menghampiri dua gadis itu. Dipaut pinggang Feya dari tepi membuatkan gadis itu terkejut. Diikucupnya pipi Feya.

"Habib bawa Naira pusing taman depan tu je. Lain kali kita keluar sama-sama okay," pujuk Faiq.

Feya angguk kecil dan menguntum senyuman kecil. Naira di bawah dilihat. Naira memegang perut Feya yang sudah membukit masuk enam bulan.

"Baby," kata Naira. Tangannya mengukir sesuatu pada perut Feya.

"Pandainya anak mama," puji Feya. Dia mengucup ubun-ubun Naira dari atas.

Tiba-tiba sebuah motorsikal berkuasa tinggi berwarna kuning masuk ke perkarangan rumah itu. Jejaka itu menanggalkan helmet fullface sebelum menapak ke arah Faiq, Feya dan Naira.

Nampak saja wajah kacak jejaka itu, laju Naira berlari mendapatkan uncle favourite nya.

"Uncle," jerit Naira lalu didukungnya ke langit. Tubuh Naira ditimang tinggi bagai terbang ke udara.

Faiq dan Feya geleng kepala. Sabar je lah ada anak macam tu.

"Feya rasa Naira suka lelaki je lah. Selalu berkepit dengan habib dan Mika. Kalau dengan Feya minta susu botol je," gumam Feya walaupun didengari Faiq.

"Biasalah tu," jawab Faiq.

Mika mendukung Naira lalu menapak ke arah pasangan itu. Bibirnya tersemat senyum kecil.

"Assalamualaikum," ungkap Mika.

"Waalaikumsalam."

"Waalaikumsalam."

Faiq bersalaman sahabat dengan Mika. Dan Mika hanya membalas senyuman Feya. Naira masih kekal dalam dukungannya. Tidak mahu dilepaskan.

"Jemputlah masuk," ajak Feya.

"Tak apa. Duduk dekat tepi kolam tu pun best juga."

Feya angguk lalu masuk ke dalam untuk menyediakan minuman. Faiq dan Mika duduk di kerusi tepi kopam itu.

"Otak kau dah okay ke?" soal Mika ingin tahu. Ingatan Faiq juga semakin pulih.

"Bolehlah. Setakat kau, Hanif, Feya dengan family aku tu bolehlah. Kalau yang lepas tu aku kurang sikit," jawab Faiq. Dia sendiri tidak ingat latar belakang kawannya itu. Samada sudah kahwin atau belum.

NOAH'S || CTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang