BAB 48

3K 142 10
                                    

"Umi tolong jagakan Feya untuk Faiq hari ni ya?"

Hari ni Faiq menghantar Feya ke rumah Puan Zahira. Disertakan sekali baju simpanan dan baju baby. Faiq yang siapkan semua dan beri pada Feya. Pada awalnya, Feya pelik. Tapi dia terima saja. Persiapan awal.

Puan Zahira angguk seraya mengukir senyuman untuk Faiq. Feya sudah berdiri di sebelah Puan Zahira.

"Insya Allah, umi sentiasa jaga dia. Faiq hati-hati pergi kerja," pesan umi. Faiq mengucup kekura umi.

"Habib, tak payahlah kerja. Feya tak sedap hatilah. Feya nak habib dekat sini," rayu Feya. Tangannya sudah mengenggam erat jari jemari Faiq.

Faiq senyum nipis melihat kerisauan di wajah Feya.

"Doa yang baik-baik. Habib pergi dulu. Salam," kata Faiq. Feya mengucup kekura Faiq. Faiq turut melabuhkan bibirnya di dahi Feya. Tangannya juga mengusap lembut di kepala Feya.

Faiq memeluk tubuh Feya. Kepalanya diletak pada ceruk leher Feya yang ditutup tudung sarung itu.

"Feya sayang habib?"

"Mestilah sayang. Habib kan suami Feya," jawab Feya bersemangat. Walaupun dengan nada ceria, dia sedikit tergugat dengan sikap Faiq dari awal pagi lagi.

"Maliqa jaga diri okay. Habib sayang maliqa dengan baby dunia akhirat. Tunggu habib balik, sayang. Feya milik Faiq. Selamanya."

Luahan lembut yang menyapa gegendang telinga Feya itu sedikit menyentak hatinya. Tidak pernah Faiq kata demikian ketika mahu pergi kerja. Hari ni nampak lain sikit.

Pelukan tadi dilonggarkan. Wajah Feya ditatap lembut. Lama.

"Habib nak pergi kerja tak?" soalan dari bibir Feya membuatkan bibir Faiq terjungkit sedikit. Faiq angguk dengan soalan itu.

"Habib pergi dulu," pamit Faiq.

Wajah Puan Zahira dipandang sekejap.

"Umi, Faiq pergi dulu. Umi jaga diri, jaga Feya. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

"Waalaikumsalam."

Faiq hilang dari pandangan Puan Zahira dan Feya. Hilang saja kereta Audi milik Faiq, Puan Zahira membawa beg milik Feya ke dalam. Tangannya juga memapah Feya ke ruang tamu.

"Umi, mana Feyyaz?" soal Feya. Feyyaz sudah tamat persekolahannya. Sejak habis sekolah, jarang sekali batang hidungnya ada di rumah. Ada saja kerja mahu dilakukannya. Biasalah anak jantan.

"Ikut abi. Dia nak belajar sikit-sikit tentang syarikat abi. Nanti senang katanya," jawab Puan Zahira. Beg Feya diletakkan di sisi sofa. Feya pula perlahan duduk di sofa.

"Rajin betul adik tu."

"Biasalah. Bosan katanya duduk rumah."

Feya tawa kecil dengar jawapan umi. Betullah tu. Memang pelajar lepasan SPM nak tunggu keputusan memang bosan. Tapi tidak untuk introvert. Duduk rumah je dah bahagia.

Tapi lelaki. Memang tak reti duduk diam. Ada saja kerjanya. Business man.

"Kakak tengoklah tv dulu. Umi nak pergi rumah Mak Jah sebelah sekejap. Umi nak minta sikit bunga kantan," ujar Puan Zahira.

Feya angguk kepala. Puan Zahira juga sudah keluar dari rumah. Jadi sekarang, misi menonton Spongebob Squarepants. Kalau di rumah, Faiq selalu buka bacaan surah. Susah sikit nak tengok kartun. Kata Faiq, bacaan suci bagi memudahkan waktu bersalin. Semoga dipermudahkan.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
NOAH'S || CTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang