Faiq tersedar tatkala mendengar rengekan kecil Feya saat tidur. Perlahan matanya dibuka memandang ke sisi kirinya. Wajah Feya sudah berkerut menahan sesuatu. Faiq mengusap perlahan rambut Feya. Cuba menenangkan isterinya.
"Habib, jangan."
Usapan tadi terhenti pabila suara Feya sedikit kuat.
"Habib, jangan tinggalkan Feya. Feya sayang habib."
Makin tak tenteram hati Faiq mendengar rengekan isterinya. Mata Feya masih lagi dipejam erat.
"Shshh, habib dekat sini sayang. Habib tak tinggalkan sayang habib ni," pujuk Faiq perlahan. Tangannya naik mengusap kepala Feya. Dahi Feya dikucup sekali.
Apabila Feya merasa dahinya hangat dikucup, perlahan matanya dibuka. Wajah kacak suaminya ditatap sebelum dipeluk erat. Faiq diam kaku. Dia membiarkan isterinya bertindak. Langsung tiada niat untuk menghalang.
Entah mimpi apa yang mengganggu lena Feya sehingga terjaga begitu.
"Sayang? Sayang okay tak?" soal Faiq lembut. Wajah Feya yang sudah tersembam di ceruk lehernya cuba dilihat.
"Feya takut."
Bergetar suara Feya bersuara. Faiq tidak tahu apa yang Feya takutkan. Dia cuba memujuk dan menenangkan isterinya. Belakang badan Feya diusap perlahan. Dahi Feya tidak lekang dikucup bibir Faiq.
"Sayang takut apa?"
"Takut. Takut habib tinggalkan Feya."
Air matanya ditahan. Tidak mahu membanjiri mukanya diawal pagi yang entah pukul berapa. Gelap lagi rasanya.
"Habib tak tinggalkan sayang. Habib ada dekat sebelah sayang," pujuk Faiq perlahan.
"Tidur, maliqa. Awak penat sangat ni," sambung Faiq. Dahi Feya dikucup sekali lagi sebelum menutup kedua matanya.
Feya di dalam dakapannya itu masih lagi di usap tubuh belakangnya itu. Faiq menenangkan isterinya yang ketakutan dengan selawat di bibir. Alunan selawat di bibir Faiq dapat menyambung lena Feya.
Dengkuran halus dari mulut Feya terdengar di telinga Faiq. Faiq senyum nipis. Isterinya sudah kembali tidur.
"Siapa kacau mimpi kau ni, sayang?"
Matanya masih lagi tertutup. Berat sangat nak buka.
"Aku sayang kau. Aku tak akan tinggalkan kau. Cukuplah tiga hari seksaan untuk kau dan aku hari tu. Aku tak nak tengok kau terseksa," sambungnya lagi. Kali ni nadanya rendah supaya Feya tidak terjaga dari lena. Sudahlah susah mahu tidurkan.
Tapak tangan Faiq tidak berhenti menepuk perlahan bahu Feya. Feya tidur didodoi Faiq. Akhirnya, Faiq sekali terlena dalam dodoian dirinya. Feya dalam dakapan Faiq tidak dilepaskan.
Biarlah Feya memeluk dirinya. Takut juga, Feya merengek kejap lagi. Dahlah tengah malam ni. Nasib tak menjerit kuat tadi.
YOU ARE READING
NOAH'S || C
Random🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡ NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra. Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...