Feya bangun dari duduk.
"Feyyaz, akak balik dulu. Nanti dah siap telefon akak ya," ujar Feya kepada adiknya.
"Tak apa akak. Feyyaz balik sendiri."
Feya angguk mengiyakan adiknya. Dia yakin adiknya boleh jaga diri. Lagipula Feyyaz tu lelaki.
Feya yang memegang cawan air latte itu bergerak ke pintu keluar. Dia perasan bahawa ada orang melihat pergerakannya. Feya menundukkan sedikit kepala supaya matanya tidak melihat lelaki itu.
Pintu keluar dibuka. Laju langkahnya berjalan melalui laluan jalan kaki ke rumahnya.
"Feya!"
Nama Feya dijerit. Kakinya terhenti lalu tubuhnya berpusing ke belakang. Satu susuk tubuh lelaki yang sedang berlari kepadanya.
"Hai. Kau Feya kan?" soal lelaki itu sebaik saja dia berada di hadapan Feya. Feya angguk kecil. Anak mata Feya berlari-lari supaya tidak bertembung dengan anak mata lelaki itu.
"Encik ni siapa? Macam mana boleh tahu nama saya?" soal Feya ketakutan.
"Kau tak kenal aku? Aku yang selamatkan kau malam tu dekat lorong," kata Faiq. Faiq hairan kenapa Feya tidak kenal dengannya.
Otak Feya cuba berfungsi mengingat hari kejadian. Oh, malam di lorong rumahnya itu.
"Maaf, Encik Faiq. Hari tu encik pakai helmet. Jadi saya tak nampak muka encik," kata Feya. Kepalanya ditunduk sedikit meminta maaf. Feya cuba mencari anak mata Faiq Noah. Tapi Faiq terlebih dahulu melihat anak mata hitam Feya.
Faiq menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil ketawa buat-buat.
"Ye lah aku lupa aku pakai helmet waktu tu. Lagi satu, kau panggil je aku Faiq. Tak payah encik-encik bagai. Aku bukannya warga emas atau orang dah kahwin," kata Faiq.
Feya yang masih pegun melihat kecantikan mata biru Faiq. Faiq sedar Feya mengelamun melihat wajahnya. Dia hanya ketawa kecil melihat wajah comel Feya mengelamun wajahnya.
"Oii beruk. Kau tinggalkan kitorang macam tu je dekat dalam kafe," jerit Mika. Jeritan yang kuat itu menghentikan lamunan Feya.
Feya yang sedar akan kehadiran kawan Faiq itu mengundur beberapa tapak.
"Saya pergi dulu," ujar Feya. Tidak sempat Faiq menghentikan langkah Feya, Feya laju jalan tanpa toleh ke belakang.
Mika dan Hanif kini berada di samping Faiq. Mereka bertiga melihat susuk tubuh Feya semakin menghilang. Wajah Faiq berubah dingin. Nak je marah si beruk sorang ni. Kalau dapat nak lunyaikan muka dia.
"Kau ni kacau betullah."
Marah Faiq pada Mika. Faiq menarik kepala Mika lalu disepitkan di bawah ketiak. Mika sedaya upaya melepaskan diri dan meminta bantuan Hanif.
"Aku tak tahu," ujar Hanif seraya melepaskan tawa kecilnya.
Mika di dalam ketiak Faiq itu diheret ke tempat motor mereka parkir. Hanif hanya ikut saja. Mika dilepaskan. Semput budak tu dalam ketiak Faiq. Nasib wangi.
YOU ARE READING
NOAH'S || C
Random🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡ NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra. Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...