BAB 30

3.6K 138 1
                                    

Setelah tiga hari tinggal di rumah banglo Dato Noah, Faiq dan Feya kembali ke rumah banglo mereka.

Dalam hati, Feya sering berdoa supaya rumah tangganya tidak diganggu lagi. Dia penat. Penat diganggu oleh orang-orang yang tak reti hukum alam. Suami orang pun nak. Tahulah handsome.

Berhenti saja kereta di hadapan banglo rumahnya, Feya terlebih dahulu masuk ke dalam bersama bungkusan lauk dari Datin Dee.

Mereka balik sebelum makan tengah hari. Kata Faiq, dia mahu siapkan kerjanya yang berbaki 20%. Kerja apa dibuatnya pun tak tahu.

Feya meletakkan bungkusan itu di atas meja. Sementara menunggu makan tengah hari, lauk pauk dari Datin Dee dihidangkan di atas meja oleh Feya. Kemudian ditutupnya menggunakan tudung saji.

Feya kembali ke ruang tamu. Menonton tv. Suaminya sibuk dengan kerja, jadi biarlah dia berasmara dengan kartun.

Ding! Dong!

Feya bangun dari duduknya. Seperti biasa, dia akan melihat gerangan yang datang melalui tingkap rumah.

Tatkala melihat gerangan yang datang, bibir Feya mengoyak senyum lebar. Dia berlari anak ke bilik mendapatkan tudung sarungnya dan stokin.

Setelah cantik dipakai, Feya kembali membuka pintu utama rumah itu dengan senyuman.

"Hai buah hati," sapa lelaki dihadapannya dengan teruja. Tangannya melambai-lambai ke arah Feya.

"Hai juga Mika dan Hanif. Jemput masuk," Feya mempelawa dua sahabat suaminya masuk ke dalam rumah.

Feya mendahulukan mereka berdua masuk ke dalam rumah.

"Buah hati, are you seriously? Cartoon?"

Feya ketawa kecil. Wajahnya juga sudah naik merah. Malu.

Mika dan Hanif duduk di sofa ruang tamu itu.

"Biarlah dia nak tengok apa pun. Asalkan dia tak tengok kau," kata lelaki dari tangga.

Mereka bertiga toleh ke arah tangga. Lelaki di tangga itu menghampiri Feya. Bahu Feya dipeluk erat.

"Habib, jangan cakap macam tu," kata Feya perlahan. Hanya Faiq saja yang dengar.

"Kau jealous eh?"

"Siapa je tak cemburu kalau bini tengok orang lain. Kau tunggu kau kahwin baru kau tahu rasanya macam mana," jawab Faiq selamba.

Mika sudah tayang wajah menyampahnya. Faiq dan Mika kalau berjumpa, pasti ada isu yang boleh naikkan darah sesama sendiri. Hanif pula diam. Malas nak melayan beruk dua ekor tu.

"Kau orang datang sini kenapa?" soal Faiq.

"Saja. Aku bosan," jawab Mika.

"Jom kita makan. Feya dah hidangkan masakan mama tadi," pelawa Feya lembut kepada mereka bertiga.

Wajah Mika berubah gembira. Faiq perasan perubahan reaksi wajah Mika pabila disebut perkataan 'makan'. Pantang diajak laju saja serbu.

"Kau memang datang sini sebab nak makan free je kan? Dasar beruk kuning," tempik Faiq.

Mika bangun dari duduknya dan berlalu ke dapur. Faiq dan Feya di sebelah tidak dilayan.

"Dasar beruk kuning. Lepas ni aku tak bagi kau datang sini," jerit Faiq sebaik saja Mika lari di hadapannya.

"Habib, biarlah. Dia kan kawan habib," ujar Feya lembut di sampingnya.

"Nanti dia kacau sayang. Habib tak suka lah," rengek Faiq.

Hanif yang malas melihat kegedikan Faiq itu berlalu ke dapur mendapatkan Mika.

"But he's your friend, habib."

NOAH'S || CWhere stories live. Discover now