Hari ni mereka bermalam di rumah Feya. Memandang Faiq cuti lagi esok hari, jadi dia hanya setuju dengan cadangan mertuanya. Lagipula, Encik Firdaus dan Puan Zahira masih belum hilangkan rindu dengan anak perempuannya yang seorang itu.
Selesai makan malam, Faiq bertapak di buaian milik keluarga itu. Buaian di mana isterinya selalu duduk menenangkan diri. Dia juga tenang bila duduk di situ. Sebab tu, Feya suka duduk sini.
Langit gelap bertemankan cahaya bulan dipandang jauh. Cantik.
"Bro, jauh termenung," ujar Hanif yang baru tiba di situ. Di melabuhkan punggung di hadapan Faiq.
Faiq senyum nipis.
"Mika dah bagitahu Feya aku pernah accident. Aku belum cerita lagi," kata Faiq dengan luluhnya. Badannya disandarkan selesa pada badan buaian itu.
"Cerita je. Lambat laun kita tak tahu hidup kita macam mana Faiq. Dia risaukan kau. Kau sendiri bina kejujuran dalam rumah tangga kau. Tapi, kau belum jujur sepenuhnya pada Feya," pesan Hanif.
"Kemalangan yang dulu masih terikat dengan hidup kau sekarang. Feya perlu tahu. Aku tahu kawan aku ni kuat. Sentiasa berdoa pada Allah," sambung Hanif lagi.
Faiq angguk perlahan. Dia perlukan kekuatan. Apa Hanif kata, ada betulnya. Cuma, kekuatannya belum penuh.
"Kau tu, bila nak bagitahu Mika. Mahu kena cekik nanti," tempik Faiq kecil.
Hanif sudah tawa kecil. Masing-masing tahu perangai tak semenggah Mika tu. Lagi-lagi bab kahwin.
"Lepas Mawar bersalin mungkin? Lagipun, tinggal sebulan lebih je due date nya," jawab Hanif.
"Faham. So, kena rahsiakan lagi lah ni?"
"Mestilah. Mahu taknya nanti dia gelek aku atas jalan guna motor buruk dia tu," tegas jawapan Hanif.
Terhambur tawa mereka berdua.
Perasaan gembira terdetik dalam hati Faiq. Dia gembira kawannya kembali senyum dan tawa. Begitu kuat penangan Mawar, hingga membuatkan hati beku Hanif cair kernanya.
Hanif seorang yang baik hati. Menerima kekurangan wanita tatkala semua lelaki menjatuhkannya. Faiq yakin Hanif boleh bahagiakan Mawar.
"Kejap, macam mana kau boleh kahwin dengan Mawar ni?" soal Faiq hairan. Setahu dia, Hanif dan Mika sentiasa bersama dengannya sebelum dia berkahwin. Bagai isi dengan kuku lah dia orang ni. Ke mana-mana pasti bertiga. Tapi, sejak bila Hanif kenal Mawar? Dari kejadian malam kenduri tu ke?
"Aku pernah kenal dia sebelum dia balik rumah umi lagi. Sebab aku tolong dia lari dari kena kejar dulu. Tapi dia masih tak tahu muka aku sebab sebelum ni aku akan pakai helmet bila dengan dia. Jadi, bila aku kenal-kenal, aku ajak lah dia kahwin," cerita Hanif.
Faiq angguk tanda faham.
"Kau tak kisah dalam perut tu anak luar nikah?" soal Faiq lambat-lambat.
"Tak. Sebab dia kena paksa," jawab Hanif.
"Faiq, sejak bila kau kisah pasal kisah silam orang ni?" sambung Hanif lagi. Keningnya naik terjungkit memandang Faiq di hadapannya.
Faiq angkat bahu.
"Aku tanya je," kata Faiq selamba.
"Apa-apa pun kau jaga dia baik-baik. Dia dah hilang ahli keluarga dan diri dia, jangan sampai dia hilang kau," pesan Faiq.
"Dah dekat sepuluh kali kau pesan," Hanif geleng kepala.
Faiq hanya ketawa kecil mendengar keluhan Hanif. Pesan sebab sayang.
![](https://img.wattpad.com/cover/341435712-288-k140588.jpg)
YOU ARE READING
NOAH'S || C
Random🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡ NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra. Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...