"Lama habib tunggu sayang fikir. Sayang dah habis fikir belum?"
Faiq tersandar pada sofa itu.
"Baby, babah penat tunggu ni. Baby nak panggil baby besar babah ni apa?" ujar Faiq sambil memandang perut Feya.
"Umi?"
"Babah dan umi?" soal Faiq semula pada Feya.
Feya angguk perlahan. Anak mata mereka saling bertaut.
"Babah dan mama tak sedap ke sayang?" Faiq tetap nak panggilan itu.
"Bukan tak sedap. Tapi, tak sesuai dengan Feya lah habib."
Faiq lihat Feya dari kepala lalu ke kaki. Pemakaian Feya berjubah dan masih bertudung labuh itu dipandang.
"Ikut sayang lah. Habib okay je. Habib naik mandi dulu. Baju ni dah bau muntah," ujar Faiq lemah.
Lalu tubuhnya naik ke arah tangga meninggalkan Feya sendirian di ruang tamu bawah.
Feya sudah keluh kecil. Suaminya meninggalkannya begitu saja. Takkan sebab panggilan nak merajuk. Berat ni. Feya tak suka.
"Baby, I'm sorry. Mama ikut cakap babah okay. Mama sayang babah."
Akhirnya, dia terpaksa ikut kata Faiq. Dia tak suka Faiq merajuk dengannya. Faiq tu kalau merajuk kalah perempuan. Susah nak melayannya nanti.
Feya bangun dari duduknya. Dia juga masih belum selesa dengan kehadiran cahaya mata yang baru diberikan Allah. Feya menuju ke bilik dapur. Niatnya tak mahu ganggu Faiq di bilik atas.
Jadi, sementara itu biarlah dia solat dan rehat di bilik dapur. Senang juga kalau dia mahu air. Tekaknya kerap haus sekarang.
"Baby, nanti kita pujuk babah okay. Bagi mama rehat dulu," ujar Feya sambil tangannya mengusap perutnya yang masih kempis itu.
Sungguh kehadiran zuriatnya itu makin membuat dirinya bahagia seakan dunia ini milik dia dan suami tersayang. Dan bakal dihuni anak kiriman Allah.
Perlahan Feya membuka mata. Dirinya masih di bilik dapur. Setelah solat asar tadi, dia terlelap sekejap.
Tangannya meraba-raba di permukaan katil yang kosong di sebelahnya. Mencari telefon bimbit miliknya.
"Jumpa."
Feya menekan butang on. Jam di skrin di lihat.
08:15 p.m.
Alamak. Dia belum maghrib lagi. Makan malam pun belum sediakan. Hati Feya kian gundah. Takut dimarahi Faiq.
Laju dia menuju ke bilik air untuk ambil wuduk.
Selesai saja solat, dia keluar dari bilik. Dapur miliknya dituju. Memanaskan semula lauk lebihan yang diberikan Datin Dee pagi tadi. Periuk nasi itu juga ditekan suis on untuk dipanaskan.
YOU ARE READING
NOAH'S || C
Random🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡ NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra. Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...