BAB 46

2.5K 111 1
                                    

Anak mata saling bertembung. Tiada langsung bunyi yang keluar dari mulut mereka. Hanya kicauan burung pulang petang berbunyi. Begitu juga deruan angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapa lembut di pipi mereka.

Feya menoleh ke sebelah kanannya. Di mana Faiq melabuhkan punggung di kerusi kanannya. Jari jemarinya kemas dalam genggaman Faiq. Kerusi yang jauh tadi ditarik rapat mendekati isterinya.

Anak mata birunya tajam memandang gadis di hadapannya. Kalau tidak disebabkan Feya benci keganasan, pasti dia sudah melayangkan penumbuk pada gadis itu. Tidak kisahlah perempuan ke tidak. Janji dia mahu balas semula pada gadis itu. Dia dengar segala yang diutarakan gadis itu pada Feya. Dia hanya diam di balik dinding mendengar mereka berbual.

"Habib, Feya nak masuk sekejap. Nak hidang air," pinta Feya yang memecahkan keheningan di situ.

"Tak payah. Tak payah nak hidang air untuk orang macam ni," jawab Faiq. Jari jemarinya masih menggenggam erat.

"Oi perempuan," kata Faiq kasar.

Gadis itu angkat muka. Wajahnya tiada langsung serba salah pada mereka berdua.

"Dah muncul belum anak dalam perut kau?" soal Faiq.

Feya laju memandang ke arah Faiq. Terkejut. Dirinya bagaikan ditikam oleh pisau yang tajam. Lemah. Dia sangat lemah. Mendengar soalan dari mulut Faiq membuatkan dirinya bagai disiat habis.

"Dah. Du...dua minggu," jawab gadis itu gagap. Dibalik muka dinginnya, sedikit perasaan takut mula menyerpa padanya.

"Lah kenapa gagap? Takut? Setakat aku dengan Feya, kau mana takut? Kau kan suka pijak orang. Tak gitu, Raysa Izara?" sindir Faiq dengan senyum bangga terbit di bibir.

"Dah kena halau pun masih buat perangai yang sama? Kau nak aku ke nak duit sebenarnya? Kalau nak duit, cakap awal-awal. Aku ada member yang kaya dan boleh puaskan nafsu kau tu," sambung Faiq lagi.

Feya sudah gigil di sebelah. Dia perlu kuat. Dia perlu percaya Faiq. Dia tahu Faiq tak kan lakukan semua itu. Kerana Faiq sentiasa bersama dengan dirinya. Faiq memang jarang keluar kecuali ke tempat kerja. Kalau ke rumah mertua atau keluargnya, pasti bersama Feya. Begitu juga membeli belah.

Raysa diam tidak menjawab. Takut mahu tembung mata dengan Faiq. Dia dapat rasa ini bukan Faiq yang dia kenal sebelum ini. Aura hitam semakin hebat dirasa. Faiq bagai mahu balas dendam pada dirinya.

"Kenapa diam? Tadi kau kata Feya tempat aku puas nafsu aku kan?" naik sebelah kening Faiq. Tajam betul pandangan Faiq pada Raysa. Bagai mahu telan dan tanam hidup-hidup.

Tanam je lah. Hidup pun menyusahkan orang je kejenya.

Feya menoleh semula ke arah Faiq yang sedang tajam memandang Raysa. Dia tidak sangka Faiq dengar semua perbualan mereka tadi. Feya menoleh semula ke arah Raysa. Masih lagi tidak bereaksi.

"Kau fikir dia murah sangat untuk aku jadikan tempat lepas nafsu aku? Dia jauh beza dengan kau, Raysa. Kalau kau datang sini nak kacau rumah tangga aku, baik kau berambus. Aku tak nak tengok muka kau. Kalau kau nak selamat dan masih bernyawa, sila jangan tunjuk muka depan Feya. Tapi, kalau kau masih degil. Jangan terkejut orang kelar leher kau," ujar Faiq tegas. Anak matanya memainkan peranan pada setiap katanya.

"Berambuslah. Aku jijik tengok muka kau," tengking Faiq sekuat hati.

Terhinjut bahu Feya dan Raysa mendengar tengkingan Faiq. Raysa terus mencapai beg tangannya dan lari keluar dari kawasan rumah. Tubuhnya juga sudah lesap dari pandangan Faiq dan Feya.

Faiq memandang Feya di sisi kirinya. Tubuh genit itu dipeluk erat. Ubun-ubun Feya dilapik tudung dikucup beberapa kali. Tangannya mengusap belakang Feya.

NOAH'S || CWhere stories live. Discover now