Kotak ingatan Faiq semakin membaik. Dia mula teringat kisah-kisah sebelum ini. Walaupun ada yang perit, dia faham. Hidup pasti ada ujian. Kalau bukan ujian, mesti ada sesuatu yang salah. Normal sebagai ciptaan di muka bumi yang dijadikan sebagai ujian untuk hari pembalasan.
Faiq menerima sebaik mungkin. Dia juga terima Feya dan Naira seadanya. Tak mampu dia mahu meninggalkan dua gadis itu berkeliaran di luar sana. Dua gadis itu bagai nyawa dalam diri dia. Hilang mereka, hilanglah hidup dia.
Walaupun tidak sempurna ingatannya, dia masih menjalankan tugas sebagai seorang suami yang melindungi isteri dan anak. Kemana dia pergi, pasti bersama dua gadis itu. Sekarang dia sudah mula bekerja kembali ke syarikat papa nya. Atas kesihatan yang semakin pulih, Mika dan Hanif serba sedikit membantu Faiq.
Mika dan Hanif sudah biasa dengan Faiq. Inikan pula kali kedua Faiq hilang ingatan. Mahu mengamuk Mika melihat kebodohan Faiq di pejabat tadi.
~
"Kau duduk dekat sini. Ni meja kau wahai manusia hilang ingatan," ujar Mika. Lengannya ditampar Hanif. Bergurau pun kenalah tempat.
Mika cemberut malas mahu layan. Dia kembali duduk di tempatnya dan membuat kerja. Mejanya sudah bersepah dengan kertas kerja yang akan dibentangkan pada hari esok. Memang sibuk syarikat Dato Noah sejak dua menjak ni. Ada saja yang mahu bergabung dengan syarikatnya. Rezeki.
Hanif mula ambil alih membantu Faiq. Hanif mengemas sedikit meja Faiq yang bersepah dengan kertas kerja mereka berdua.
"Sorry lah. Meja kau bersepah," pinta Hanif seraya sengih kecil.
"Tak apa. Tapi, aku kerja apa dekat sini?" soal Faiq. Sekeliling pejabat itu di perhati puas. Tiada yang menarik.
"Kerja kau dengan kita orang sama. Cuma kau bakal naik jadi CEO lepas otak kau baik semula," giliran Mika membalas.
"CEO?" terbungkam bola mata Faiq mendengarnya. Dia jadi CEO? Sungguh dia tidak percaya.
Mika dan Hanif angguk kepala. Biasalah bila jumpa dengan manusia tak ingat apa-apa.
"Ni apa? Tu apa?" soal Faiq. Dia langsung tidak tahu apa yang ada di atas mejanya. Yang dia lihat hanya helaian yang tebal dan beberapa buah fail.
"Tu kerja-kerja kau dulu," jawab Hanif. Hanya dia mampu melayan Faiq sekarang. Kalau Mika, mahu dia mengamuk sebab tak larat nak menjawab semua pertanyaan Faiq.
"Kalau aku nak pergi tandas, boleh ke? Tak kena marah?" soal Faiq lagi. Entah kenapa soalan itu berada dalam kepalanya sekarang.
"Ya Allah beruk ni. Siapa nak marah kau pergi tandas?" kata Mika sedikit naik nadanya. Penat dia melayan kawannya itu.
"Dahlah Hanif. Kau layan lah dia. Aku takut kejap lagi mata dia bengkak sebelah je. Aku ni baran. Baik jangan dekatkan dia dengan aku," pesan Mika sebelum dia sambung menyiapkan kerjanya.
Biarlah Hanif yang melayan. Kalau dia, agaknya Faiq dah lebam mata sebelah. Mika bukanlah lelaki yang penyabar. Jadi, dia masih berjinak-jinak menjadi seorang yang penyabar. Semoga kesabarannya tinfgi seperti Hanif.
~
Naira bermain di atas riba Faiq. Tak mahu dia berjauhan dengan Faiq. Kalau boleh, dia sentiasa dengan Faiq berbanding Feya. Anak babah katanya.
"Asyik dengan babah dia je budak ni," kata Feya yang baru keluar dari dapur. Tangannya membawa secawan air teh untuk Faiq dan botol susu untuk Naira.
Feya duduk di hadapan Faiq. Senyuman bibirnya terukir manis di wajahnya. Botol susu itu dihulurkan ke Naira dan disumbatkan ke dalam mulutnya. Air Faiq pula di letakkan dahulu di atas meja.
![](https://img.wattpad.com/cover/341435712-288-k140588.jpg)
YOU ARE READING
NOAH'S || C
Random🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡ NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra. Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...