BAB 35

2.9K 120 0
                                    

Mika memandu kereta Audi putih Faiq atas kebenaran Faiq sendiri. Lagipula, kereta itu sudah lama tidak dipandu.

Jasnita menunjukkan jalan ke rumahnya pada Mika. Faiq di sebelah Mika diam tidak berkutik. Feya pula di belakang diam dan melihat pandangan luar tingkap.

Feya meletakkan tangannya pada bahu kerusi Faiq. Faiq mengusap kekura Feya dari depan. Senyuman manis terukir di bibir Feya.

"Habib, I love you," bisik Feya di telinga kiri Faiq. Hanya Faiq saja mendengarnya.

Faiq memusingkan sedikit kepalanya ke arah tingkap.

"I love you too, maliqa," bisik Faiq dengan senyuman. Jari jemarinya kekal mengusap kekura tangan Feya yang lembut itu.

Tiba di hadapan rumah Jasnita.

"Betul ni rumah kau?" soal Mika kasar.

"Be... Betul."

Mereka bertiga keluar dari kereta. Faiq menggenggam kemas jari jemari Feya. Jasnita tidak yakin mahu keluar.

"Keluarlah," asak Mika. Pintu tingkap itu diketuk beberapa kali.

Perlahan Jasnita buka pintu dan keluar.

Mereka berempat berdiri tepat di hadapan pintu rumah itu. Jasnita menyorok di belakang Mika. Dia takut mahu bertemu mata dengan ibu dan ayahnya.

"Assalamualaikum," jerit Mika.

Diam.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam," satu susuk tubuh wanita tua datang membuka pintu. Wajahnya pelik melihat anak muda itu di hadapan rumahnya. Namun, matanya dapat tangkap satu susuk tubuh wanita yang menyorok di belakang Mika.

"Jasnita?" panggil wanita tua itu.

Jasnita mengeluarkan kepalanya dari belakang Mika. Anak matanya bertemu dengan anak mata wanita tua itu.

"Mak," kata Jasnita perlahan.

"Kau ni buat malu aku je. Dah dapat pinangan orang kaya pun tak nak. Apa yang kau nak ha?" wanita tua itu berlari ke arah Jasnita. Telinga Jasnita berlapik tudung itu ditarik kuat. Jasnita jatuh terduduk akibat tarikan maknya.

"Sakit, mak. Sakit," adu Jasnita. Air matanya lebat turun di pipi. Mereka bertiga terkejut melihat reaksi mak Jasnita. Mahu saja Mika menghalang tapi dia takut kena piat telinga juga.

Feya di tepi sudah merangkul erat tangan sasa suaminya. Wajahnya disembamkan di situ. Dia benci tengok keganasan. Faiq mengusap perlahan kepala Feya. Cuba menenangkan isterinya dengan selawat.

"Sakit lagi hati aku. Aku dah bagi kau lelaki kaya tapi kau tak nak," tempik mak Jasnita.

"Makcik, sabar makcik," Mika cuba menghalang.

"Mak, kalau kaya tapi simpan perempuan buat apa mak?" kata Jasnita dalam tangisannya. Telinganya dilepaskan kasar. Sanggul kepala Jasnita ditarik dalam genggaman erat ke belakang. Makin berang maknya mendengar ujaran Jasnita.

"Makcik, sudah."

Sergahan Mika langsung tidak menghentikan perbuatan mak Jasnita. Makin kuat tarikan mak Jasnita padanya.

"Makcik bawa mengucap," Mika cuba pujuk lagi.

"Kau ni siapa?" tanya mak Jasnita. Tangan di kepala Jasnita belum dilepaskan. Anak matanya tajam memandang Mika, Faiq dan Feya silih berganti. Akhirnya, matanya berhenti pada Mika yang berhampiran dengannya.

"Makcik lepaskan Jasnita. Kesian dia makcik," pinta Mika lembut. Dia sudah tidak tahan melihat wajah merana Jasnita. Rasa kesian terbit di hatinya.

"Tak payah kesian budak menyusahkan ni. Macam-macam aku bagi, aku ikut cakap dia. Bila suruh kahwin dan dengar cakap aku, bukan dia nak ikut," tangannya di kepala Feya dilepaskan.

NOAH'S || CWhere stories live. Discover now