BAB 49

2.7K 123 1
                                    

"Berapa lama lagi habib nak tidur. Dah seminggu Feya tunggu habib. Baby pun dah nak keluar," ujar Feya dalam tangisan kecilnya. Jari jemarinya kekar menggenggam jari jemari Faiq.

Sudah banyak air matanya keluar pabila mendengar penyataan dari doktor tentang Faiq.

~~~

"Umi, habib umi. Feya tak nak hilang habib. Feya tak sedia hilang habib," habis basah pundak Puan Zahira dek tangisan anaknya itu.

Puas dia memujuk, langsung tidak terkesan dekat anaknya.

Klak!!

Pintu bilik hospital itu dikuak dari dalam. Keluar satu susuk tubuh tegap berpakaian doktor melangkah keluar dari balik pintu. Nama Ariz yang tertera pada name tag doktor itu mendekati keluarga itu.

"Keluarga Encik Faiq?" soal doktor itu. Mika dan Hanif yang tersandar di dinding terus melangkah mendapati doktor Ariz. Feya yang sedang duduk berusaha bangun untuk tahu maklumat tentang suaminya.

Penat dia menangis dari awal Hanif menelefonnya di rumah lewat petang tadi. Walaupun sudah penat dipujuk oleh Puan Zahira, Feya hanya abaikan saja. Yang dia tahu, keselamatan suaminya. Dia mahu Faiq selamat.

Puan Zahira memapah Feya agar mudah untuk bangun. Encik Firdaus turut berdiri di sebelah Hanif. Malangnya, berita ini dikhabarkan ketika Datin Dee dan Dato Noah masih berada di Paris atas urusan syarikat. Hanya Fayza saja menemani Feya dan Puan Zahira di sini.

"Macam mana keadaan Faiq, doktor?"

"Suami saya doktor."

Masing-masing sudah berkaca dalam mata. Menahan tangis dek kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawa Faiq. Hanya Feya dan Fayza sudah berjurai air mata.

"Saya minta maaf. Saya dan pihak hospital dah cuba sebaik mungkin. Encik Faiq masih ditahan wad kerana pendarahan yang terlalu banyak. Dia juga tak dapat nak sedarkan diri. Atau lebih tepat, koma. Disebabkan berlaku gegaran otak, kemungkinan besar Encik Faiq tak dapat tampung memori silam dia. Jadi saya minta ahli keluarga pesakit banyakkan berdoa untuk dia. Semoga Allah permudahkan urusan dia."

Penerangan dari doktor itu meragut teruk jiwa Feya. Fayza sudah pasti tahu tentang kisah silam abangnya itu. Pasti sukar untuk Faiq kembali mengingat kisah lalunya kembali.

"Saya baru dapat maklumat, dahulu Encik Faiq terlibat dalam satu kemalangan. Kemungkinan juga kemalangan kali ni lebih teruk dari yang dulu. Itu saja dari saya. Saya minta diri dulu," sambung doktor Ariz itu lalu pergi meninggalkan keluarga itu.

Jatuh bahu mereka mendengar penjelasan dari doktor lelaki itu. Jelas dari wajah mereka amat kaget dengan berita buruk ini.

"Umi, habib Feya. Dia tak tinggalkan Feya kan?" serak suaranya berkata.

"Tak, kak. Kita doa yang baik-baik untuk Faiq. Umi tahu dia kuat untuk Feya dan anak," pujuk Puan Zahira pada anaknya.

~~~

Luluh hatinya melihat sekujur tubuh suaminya sedang terbaring di atas katil hospital itu. Dari hujung kaki hinggalah ke wajah Faiq. Dia rindukan pelukan jejaka itu. Dia rindukan ciuman di ubun-ubun dari jejaka itu. Dia rindukan senyum manis dari jejaka itu.

Semua tentang Faiq dia rindukan. Walaupun hanya seminggu mereka dipisahkan oleh takdir. Hatinya masih belum sedia kehilangan jejaka itu.

Dialah penguat hati Feya. Dia juga lah yang sentiasa menceriakan hari-hari bakal ibu itu. Tiada hari yang dilayan seperti kurang kasih sayang. Terlalu banyak kasih dan sayang Faiq curahkan untuk Feya. Bagaimana gadis itu mahu reda dengan keadaan ini?

NOAH'S || CWhere stories live. Discover now