Dua hari gadis itu tidak mengungkapkan kata pada Faiq. Siap saja masak di dapur, Feya akan kurung diri di bilik atau perpustakaan kecilnya. Hanya Naira saja dilepaskan pada Faiq waktu pagi dan petang. Dia tidak mahu hubungan anak dengan bapa itu putus gara-gara dia. Sudahlah setahun tidak berjumpa, ditambah lagi kerana kes kecil ini.
Faiq duduk di sofa termenung di sofa itu. Dia tahu semua ini salah dia.
Derapan tapak kaki yang turun tangga itu menarik pandangan Faiq. Laju kepalanya memusing ke belakang melihat gadis itu turun tangga seorang diri. Setelah menidurkan Naira, tekaknya sedikit haus.
Feya melangkah ke dapur tanpa menoleh ke arah Faiq. Dia tidak mahu begitu kerana tahu dosa sebagai seorang isteri. Tapi, dia perlu sebagai balasan atas perbuatan Faiq yang lalu.
Setelah selesai melepaskan dahaganya dengan secawan air sejuk, Feya merentasi ruang tamu itu untuk mendaki semula tangga rumah itu. Setapak kakinya melangkah naik, tangannya ditahan dari belakang.
"Jangan naik dulu," larang Faiq. Feya cuba melepaskan pegangan itu. Tapi, makin dieratkan oleh Faiq.
"Saya nak naik tidur."
Faiq memusingkan badan Feya menghadap dirinya. Tubuh kecil itu didakap erat. Dikucup sekali ubun-ubun gadis itu.
"Aku minta maaf. Aku tak patut layankan perasaan aku. Tolong jangan diam. Perit hati aku bila kau langsung tak nak bercakap. Sayang, tolong jangan diam. Aku nak dengar suara kau, sayang."
Feya keluh kecil. Dengar dari luluhnya suara Faiq, dia tahu lelaki itu jujur dengan perasaannya. Dia lebih kenal diri Faiq.
"Hmm."
"Hmm je. Macam mana aku nak ingat kau kalau kau hmm je. Tak apalah. Biar lah aku lupakan kau. Mesti kau suka," serah Faiq. Dia perlukan gadis itu untuk ingat semula masa lalunya.
"Jangan nak mengada. Saya lempang nanti, bersepai muka awak," tegas Feya bersuara dalam pelukan itu.
"Sejak bila kau garang ni. Bukan kau lembut ke bila bercakap? Tak pernah kau cakap macam ni dengan aku. Kan?" otaknya teringat sesuatu. Dia teringat layanan Feya padanya dahulu. Walaupun sedikit, dia dapat meneka layanan Feya padanya. Sangat baik dan lembut. Tidak pernah gadis itu meninggikan suara pada Faiq.
"Sebab perangai mereng awak tu datang. Dulu, awak tak macam ni. Awak tak gi..." Feya mati kata. Sedikit lagi dia mahu terlepas dari bibirnya. Disebabkan dia ditekan, lancar bibirnya berkata.
Faiq melepaskan pelukannya. Tangannya memegang kedua bahu gadis itu. Dia tahu apa sambungan dari perkataan yang tergantung tadi. Tidak sangka gadis itu bakal menyebutnya.
Feya rasa bersalah. Kepalanya menunduk ke bawah. Dia takut mahu menatap mata Faiq. Dia takut Faiq marah padanya.
"Kau cakap aku gila. Kau nak cakap aku gila? Aku tanya ni," lancang suara itu keluar dari mulut Faiq. Tidak kuat tidak rendah. Tapi lebih kepada terkejut.
"Saya minta maaf. Saya tak sengaja. Jangan marah saya. Saya minta maaf sangat-sangat. Lepaskan saya," rayu Feya. Air matanya sikit lagi bakal keluar dari landasan.
Tanpa segan silu, Faiq memeluk erat tubuh kecil isterinya itu.
"Aku tahu kau penat jaga aku. Penat jaga Naira. Kau cakaplah apa pun yang tersimpan dalam hati kau, aku langsung tak ambil hati. Kalau kau nak cerita, aku ada. Kau boleh luah dekat aku. Tolong jangan pendam seorang diri, sayang. Nanti kau sakit," pesan Faiq.
Dia terlalu faham kondisi gadis itu. Gadis itu berkorban banyak selama setahun dalam hidupnya. Dia sanggup menahan rindu dan perit sambil menjaga seorang anak kecil yang tidk dapat kasih sayang seorang ayah.
YOU ARE READING
NOAH'S || C
Random🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡ NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra. Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...