🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡
NOAH'S || complete
Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra.
Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...
Perlahan Feya membuka mata. Jam digital dia rak kirinya dilihat.
5.30 a.m.
Feya langsung bangun menuju ke tandas. Dia mandi sebelum menunaikan solat sunat dan solat subuh.
Dia bersyukur umi dan abi tidak marah malah risau akan keadaannya. Feya juga menceritakan tentang Faiq menyelamatkannya. Selepas kejadian malam itu, uminya langsung tidak mengizinkan Feya keluar malam.
Umi dan abinya sudah lama melarang. Cuma Feya suka berjalan sambil menghirup udara malam.
Selesai menunaikan solat subuh, dia langsung turun tangga ke dapur menolong umi menyiapkan sarapan. Buku lalinya masih berbalut kain putih oleh adiknya, Feyyaz Zamil.
"Anak umi, Feya Zahra dah sihat?"
Aku senyum mendengar soalan lembut dari umi sebelum menganggukkan kepala.
"Hari ni Feya duduk. Biar umi siapkan sarapan. Kaki kamu belum sembuh sepenuhnya," ujar umi sambil mengusap kepala Feya. Feya hanya duduk di meja makan melihat uminya meyiapkan sarapan untuk mereka berempat.
"Nah," kata Feyyaz. Tangan kanannya menghulur satu plastik yang diisi lima bungkus nasi lemak. Feya menerima huluran Feyyaz.
Plastik itu disingkap. Feya terlihat sekeping nota kecil di anatar bungkusan itu. Surat kecil itu diambil dan dibaca.
Kaki kau dah okey? Ni nasi lemak kongsi dengan keluarga kau. Aku tak tahu berapa ahli keluarga kau, jadi aku beli je.
Surat itu di simpan ke dalam poket baju tidurnya itu. Bungkusan nasi lemak itu dikeluarkan satu persatu dan diletakkan di atas meja.
"Eh siapa bagi ni?" soal umi yang baru keluar dari dapur. Di tangannya terdapat satu mangkuk nasi goreng ayam buatan umi lalu diletakkan di atas meja makan.
"Umi ni orang yang tolong Feya semalam bagi. Dia tak tahu ahli keluarga kita berapa ramai, jadi dia beli je," jawab Feya. Feyyaz hanya diam mendengar perbualan umi dan kakaknya.
"Alhamdulillah, rezeki."
Feya dan Feyyaz angguk kepala melihat senyuman manis uminya. Selagi uminya gembira, mereka berdua turut gembira. Bagi Feya dan Feyyaz, umi dan abinya segala-galanya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Pintu syarikat Dino's Holdings itu terbuka. Tubuh tegap Faiq Noah dan Nik Mika masuk ke dalam. Mereka berdua memasuki lif yang kosong itu. Masing-masing selesa mendiamkan diri.
Pintu lif terbuka. Nik Mika langsung melangkah ke mejanya. Manakala Faiq Noah laju melangkah ke bilik bosnya. Pintu besar tertulis CEO Noah Alias bin Hamid dikuak besar.
"Papa, Faiq dah kata Faiq tak nak. Papa bagilah dekat abang. Dia tu lebih layak dari Faiq. Faiq selesa jadi orang biasa je buat masa sekarang," kata Faiq Noah. Laptop di hadapan wajah Noah Alias di alihkan ke tepi. Wajah anak keduanya itu ditatap lembut sebelum mengukir senyuman.