Masa bergerak dengan begitu pantas. Siang dan malam silih berganti tanpa henti.
Seperti yang dijanjikan Faiq, dia mahu meneman Feya melahirkan anak keduanya. Dahulunya, dia menyesal kerana terpaksa membiarkan gadis itu melahirkan Naira tanpa teman. Pilu hatinya.
Segala persiapan lengkap Faiq sediakan seperti dahulu. Tiada yang kurang dibawa ke hospital.
Erat genggaman Feya pada Faiq. Dia cuba tahan sakit buat kali kedua. Faiq tak henti berselawat di telinga Feya. Dia cubakan tenangkan isterinya. Lihat saja wajah kerut Feya, gelisah hatinya tak terkata. Bagaimana dia mahu buat gadis ini tahan sakit? Memang tak boleh.
"Puan, push lagi. Kepala dah keluar ni," kata doktor wanita itu. Atas kehendak Feya sendiri, dia mahukan doktor perempuan. Waktu Naira juga begitu. Faiq laju saja setuju. Dia juga tidak suka aurat isterinya dilihat orang lain.
"Habib! Sakit!"
"Sikit lagi, sayang. Anak kita nak keluar dah," ujar Faiq di telinga Feya. Sempat lagi dia berzikir untuk memudahkan urusan isterinya.
Faiq mengusap dahi Feya yang sudah basah dek peluh. Dikucup sekali dua untuk memberi kekuatan buat gadis itu. Air matanya hampir jatuh melihat kesakitan yang ditanggung isterinya. Bagaimana gadis ini bersalin tanpa dirinya waktu melahirkan anak sulung mereka?
Uwerk!
Uwerk!
Tangisan bayi itu membuatkan hati Feya dan Faiq lega tak terungkap. Katanya syukurnya dari tadi diulang banyak kali.
"Terima kasih sayang lahirkan anak habib buat kali kedua. I love you so much," luah Faiq. Laju air matanya jatuh mengalir di pipi.
Dia terharu melihat kekuatan seorang wanita yang sanggup bergadai nyawa untuk lahirkan zuriat di muka bumi ini. Betapa kuatnya seorang wanita berkorban nyawa dan memberi tumpang cahaya mata dalam perutnya.
Feya senyum lega. Matanya samar-samar memandang ke arah doktor wanita itu sedang mengendong anaknya. Dia lelah.
"Puan, rehat dulu. Nanti anak puan saya siapkan dan suruh suami puan azankan," kata salah seorang jururawat yang membantu doktor wanita itu.
Dia angguk tanda faham. Lagipula, dia ada pengalaman sewaktu melahirkan Naira. Jadi, dia tidak kekok lagi untuk merasa keadaan ini.
Feya bersyukur. Dikurniakan suami yang masih lagi taat menjalankan tanggungjawab walaupun masih belum pulih sepenuhnya. Dan dia juga dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat hormat akan kedua orang tuanya. Dia bersyukur pada Allah.
Keinginan suaminya ingin mengazankan anaknya tercapai. Dia sendiri melihat Faiq melafazkan kalimah suci di gegendang telinga anaknya itu. Bibirnya terukir senyum manis. Bagaimana dia mahu tinggalkan lelaki ini jikalau begini layanannya terhadap dirinya?
Terlalu baik dan penyayang. Tidak pernah marah atau naik tangan. Walaupun bersama Naira.
"Sayang, habib dapat azankan anak kita. Dia senyum waktu habib azan. Comel," ujar Faiq selepas anaknya diberikan pada Feya. Bayi itu kurang menangis. Tangisannya nyaring selepas selamat keluar dari rahim mamanya. Selepas itu, susah sikit mahu dengar.
Feya senyum panjang. Impiannya juga tercapai mahu melihat suaminya melaksanakan tugasnya yang itu.
"You did it, babah! I love you."
Faiq mengucup dahi dan ubun-ubun Feya yang tertutup tudung sarung itu.
"I love you too, maliqa."
Mereka tawa kecil. Melihat si kecil yang masih merapatkan matanya dan nyenyak tidur. Wajahnya putih kemerahan mengikut kulit Feya.
YOU ARE READING
NOAH'S || C
Random🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡ NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra. Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...