Kereta perodua myvi selamat tiba di halaman rumah kampung.Mikhail mati kan enjin dahulu sebelum keluar dari kereta.Sempat mencuit lengan kawan nya diajak keluar juga.Zafril sedikit loading bila sampai di kampung Mikhail.Melihat kawasan persekitaran dia berfikir boleh ke dia duduk di sini tiga hari.Dia mana lah pernah jejak kaki dekat kawasan perkampungan.
"Nah jom masuk"
Beg pakaian disambut oleh Zafril,dia mengikut kaki Mikhail itu masuk ke dalam rumah.Tak sempat nak masuk Mikhail menolak dada Zafril supaya jangan masuk lagi.
"Kawan abang ada datang ni,pakai tudung"laung Mikhail kuat.
Telinga Zafril menangkap pesanan Mikhail kepada adik-adik perempuanya.Menolak lupa sahabat dia ada adik.
"Sorry Zaf ,mari lah masuk"
"Assalamualaikum umi ayah"Mikhail bersalam dengan kedua orang tuanya,diikuti juga dengan Zafril yang hanya bersalam dengan ayah Mikhail.
"Ni kawan kamu,jemput lah duduk dulu makcik nak buat air kejap"Puan Siti meminta diri ke dapur.Maisara yang baru nak keluar bilik itu sempat di sambar lengan anak perempuan nya untuk ikut dia ke dapur.
"Awat umi"gelabah Maisara membetulkan tudung sarungnya.Habis senget macam makcik jual ikan.
"Tolong buat kan air umi nak goreng jemput kejap"kuali diambil lalu diletakkan atas dapur api.
Maisara tanpa bantah ikut saja arahan umi nya.Orang baru nak intai kawan abang.
Encik Mansor jatuhkan padangan ke arah Zafril.Putih badan sasa,bahu tegap wau pergi gym ke?
"Malam ni kitaorang ada tahlil untuk arwah abang Mikhail,elok sangat lah kamu datang Zaf"Kata Encik Mansor mesra.
"Rezeki saya lah"balas Zafril dengan senyuman manis.Tak tahu nak beriak apa yang dia tahu hanya sengih.
"Mana Mayra ayah?"Mikhail cari adik tengahnya.
"Mayra ada kerja sikit kena handle,tiba tiba je kena pergi pangkalan"balas sang ayah.
Mikhail angguk faham.
"Maaf lama tunggu"Puan Siti datang dengan sepinggan jemput sayuran.Panas dari kuali lagi.Dia mengambil tempat di sebelah suaminya.
Saat itu baru lah Maisara sampai dengan menatang dulang yang penuh.Eh tu peribahasa.
"Jemput minum"segan Maisara mempelawa semua orang minum.
Gelas diletak di hadapan Zafril dengan senyuman dia menjemput lelaki itu minum.
"Ni adik bongsu aku Maisara namanya"Mikhail kenalkan Maisara kepada Zafril.
Zafril menundukkan sedikit kepalanya.Dia tak boleh berhadapan dengan wanita bertudung auto rasa rendah diri itu hadir.
Maisara mengaru pipi yang tidak gatal,kekok pula rasa nya.Dia hanya duduk di lantai siku ditongkatkan pada paha Puan Siti.
"Asslamualaikummmmm"meleret salam di pintu kayu itu.semua mata memandang ke arah itu.Mayra sudah pulang dengan plastik putih di tangan.
"Tu adik perempuan sulong aku nama Mayra"
Sesaat Mayra dan Zafril saling berpandangan sebelum laju Mayra larikan lirikan mata.Saat itu juga Zafril terpukau dengan kecantikan Mayra,wanita itu lebih cantik kerana mempunyai bibir berbentuk hati.
Tetapi mata Maisara lebih memukai,anak mata itu seperti bersinar apabila ditatap.
"Nah"plastik putih itu dihulur kepada Maisara.
YOU ARE READING
Zafril Adhan : Addicted Husband (C)
RomanceBook 3 ; Complete {Action+romance} Zafril Adhan jejaka sentiasa segak mengenakan apa saja di tubuh tegap nya.Walaupun usia sudah mencecah 33,saham seorang jejaka itu tidak pernah turun.Tetapi dengan sikap baran nya tiada seorang yang berani mendek...