39

1.4K 93 0
                                    

Lip balm dioleskan pada bibir mungil itu,wajah yang asli cantik tidak perlu sebarang riasan.Tudung shawl berwarna maroon dibetulkan bagi nampak kemas.

Baju kurung di kebas lembut hilangkan kedutan akibat duduk terlalu lama.Siap kemas kan diri Maisara mencapai beg silangnya di atas singki terus keluar dari tandas menuju ke arah Airis dan Adam yang menunggu dia di lobi.

Setiap tahun sekali syarikat OG akan mengadakan majlis iftar bersama-sama dengan para pekerja dan tulang belakang syarikat OG.

"Habis tu aku ni tak kenal mana hotel nya,kau tahu ke Adam?"soal Airis melihat Adam yang sibuk bermain telefon sambil berjalan.

"Minta location lah,aku pun tak sure dekat mana"balas Adam sedikit berkerut dahi.Diri dia memang up to date tapi kaki dia belum jejak lagi di lokasi tempat iftar mereka.

"Ha tu cik Gina hantar dah"Airis terus membuka lokasi yang dihantar oleh Gina dalam group kerja.

Maisara memicilkan tangan dia zoom lebih dekat lokasi tersebut.Dia tiga orang je belum gerak lagi,yang lain awal-awal lagi sudah gerak.Zafril ajak pergi bersama tapi dengan mentah ditolak,Maisara takut ada gosip hangat nanti walaupun mereka bersuami isteri,Maisara tidak mahu officialkan lagi dirinya.

"Jom lah!"kalut Airis membetulkan tali beg yang membelit di tangannya.Lagi sejam nak berbuka ni kena cepat,nanti jem tanpa roti pula.

Mereka bertiga pun berlari ke arah kereta milik Adam.Nanti balik Adam sendiri pelawa mahu hantar ke rumah masing-masing.

Adam memandu kereta dengan kadar yang kurang berdisiplin.Bumper depan hampir nak langgar bontot kereta orang.Maisara di sebelah siap genggam tali pinggang lagi betapa gerunnya dia naik kereta bersama Adam.

Bila Adam brek mengejut terangkat habis badan dia,tak tengok lagi Airis kat belakang tu rasanya dah nak muntah hijau.Memang betul jem jalan,sesak dengan bazar lagi orang baru pulang kerja lah.

Dalam 20 minit atas jalan akhirnya sampai juga berkat tukang tunjuk jalan.Siap parking kereta Airis terlebih dahulu keluar.

Wanita itu termegah urut dada,aku taubat ya Allah.

"Aku tak nak dah naik kereta dengan kau"kata Airis berselang dengan hembusan nafas.Dia kat belakang tu sampai mendepa tangan,mata habis pejam dah.Lelaki !

Maisara terkekek suka melihat riak Airis yang seakan ingin muntah.

"Asal sampai kan?"kata Adam mengunci kereta.

"Aku suruh bapak aku ambik nanti,kau tak payah susah susah hantar aku lah"putus Airis sudah bertaubat.

Maisara menjungit bahu kepada Adam.

Maisara dan Airis jalan bersama Adam pula di belakang dua wanita itu.Mereka menuju ke tempat berbuka puasa mereka.

"Wah mewah gila hotel ni kan?kaya betul lah bos kita tu"puji Airis melihat perhiasan yang terlakar pada dinding.

Maisara angguk kepala juga memuji kemewahan hotel ini.

Adam di belakang dah siap pegang telefon,ambil gambar itu ini.Budak estetika kan kena lah post.

Mereka bertiga menjadi tatapan beberapa mata,undangan terakahir datang.Airis dan Maisara tunduk malu.Adam sengih nampak kan gigi lelaki paling hilang rasa malu.

Zafril Adhan : Addicted Husband (C)Where stories live. Discover now