3

2.4K 140 2
                                    


Takbir raya berkumandang dengan kuat,hari ni merupa kan hari raya korban bagi semua umat islam,di mana haiwan ternakan akan di semebelih seperti lembu,unta dan kambing bertujuan mendekat kan lagi diri dengan Allah SWT.

Keluarga Encik Mansor sudah siap mahu pergi ke masjid bagi menunaikan sembahyang raya berjemaah.Setahun dua kali saja sembahyang raya ni,jadi jangan lepas kan peluang keemasan ni selagi kita hidup.

Maisara mengunci pintu rumah sebelum berlari anak ke kereta.Dia orang terakhir sekali siap,terlajak perahu boleh di undur terlajak tidur kena tinggal lah.Pintu penumpang di buka,dia duduk di tepi Mayra.

Zafril menjadi pemandu mereka hari ni,Encik Mansor yang suruh.Lincah tangan berotot itu memusing kan streng kereta.Lebih kurang 10 minit mereka sampai di masjid.Sudah ramai jemaah yang sampai.

"Harap dapat saf depan kali ni"ujar Maisara keluar dahulu selepas itu baru lah Mayra.

"Bangun lambat nak saf depan"perli Mikhail sinis.

Maisara jeling kecil,lengan Puan Siti di paut lalu di bawa masuk ke ruang solat perempuan.Ikut lah sah belakang depan asal kan dapat banyak pahala.

Ustaz Daud sedang bersiap mahu sampai kan ceramah terlebih dahulu sebelum memulakan perkara yang wajib.

"Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri."

"Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam. Tarikh 10 Zulhijjah ini merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah"

Seisi masjid kusyuk mendengar ceramah yang di sampai kan oleh Ustaz Daud.Ada yang mencatat pada buku ada yang mengambil video.

Ustaz Daud sudah selesai ceramah dia bangun,maka jemaah yang lain sudah mengambil saf masing masing.Takbiratul ihram sudah di angkat oleh pak iman.

Hadirnya bulan Zulhijjah, iaitu bulan terakhir dalam takwim Islam pastinya memiliki keistimewaan yang tersendiri di mana seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha yang sekali gus begitu sinonim dengan pensyariatan ibadah korban.

Usai selesai jemaah beransur pulang bersiap untuk mengorban kan haiwan pula.Makan daging lah bulan ni,jangan lupa diet yaa.

"Assalamualaikum Daud"tegur Encik Mansor apabila terserempak dengan iman muda masjid.

"Waalaikumusalam Encik Mansor"Daud bersalam dengan Encik Mansor dan juga dua jejaka di sebelah nya.

"Korban mana tahun ni?"tanya Encik Mansor dengan mesra sekali.

"Kat mana lagi kalau tak kat sini kan?pihak perempuan tak ada,raya sini dulu lah"gelak kecil Daud.

"Insyaallah nanti ada lah"

"Amin,anak saudara ke ni?"soal Daud menunjuk kan Zafril.

"Kawan Mikhail ni,ajak korban sekali sini"

"Oh,baik lah saya pun dah lambat ni minta diri dulu yaa"Daud menunduk hormat kepada mereka bertiga.

"Yelah"tunduk kan itu juga di balas oleh mereka bertiga.

"Jom"ajak Encik Mansor melangkah ke arah kereta.Dari jauh sudah nampak tiga wanita kesayangan nya menunggu.

"Daud umur berapa ayah?"

"28"balas Encik Mansor sepatah kopiah di atas kepala di betul kan.

Mikhail membulat kan mulut nya,oh faham faham.Muda setahun je dari dia ni.

Zafril Adhan : Addicted Husband (C)Where stories live. Discover now