Hati yang gusar tiba tiba tenang saat mendengar alunan bacaan ayat kitab suci dari suara bilik sebelah.Setenang nya dia sampai memejam mata menhayati setiap bacaan itu.Dia tahu surah apa yang di baca oleh pembaca itu.Zafril bergerak perlahan ke arah dinding yang menhubung kan bilik dia dan bilik Maisara.Telinga ditekap pada dinding supaya bacaan itu lebih terdengar.
Tangan kanan di letak pada dada,suara itu terlalu indah bagi dia.Wanita itu mampu buat jiwa dan raga dia goyah.
"Arh!"habis bacaan Maisara Zafril kembali berbaring atas katil.Dengan pandangan kosong dia menatap syiling dan kipas yang berpusing.
Zafril Adhan tak layak untuk wanita yang terlalu sempurna bagi dia.Beza tahap keimanan dia dan wanita itu.
Jujur hati dia terpesona kepada adik kawan rapat nya.Namun perasaan itu di buang jauh.Dia tidak mahu rosak kan kebahagian seseorang.Zafril tahu kehidupan dia selama ini diselumbungi dengan kegelapan.
Selepas bertemu nya Mikhail dia ubah diri dari bawah sampai lah tahap sekarang.Cuma sesekali dia kalah dengan jiwa yang dulu.
Bunyi ketukan di pintu mematikan lamunan Zafril segera dia bangun untuk membuka pintu.
"Jom makan"
Zafril terus keluar dari bilik tiada apa yang perlu disiapkan.Tubuh nya sudah berpakaian dengan sopan.Dia mengikut langkah Mikhail ke ruang makan.
"Meh Zafril umi ada buat singgang daging ni"ajak Puan Siti yang sedang mencedok nasi ke dalam pinggan.
"Terima kasih umi"balas Zafril sopan kerusi di sebelah Mikhail di tarik selepas siap membasuh tangan.
Zafril mengepit kedua tangan di celah peha,dia segan.Tidak sempat mahu tanya yang lain mana,kelibat seseorang di tangga sudah menjawab persoalan dia.Wajah Maisara yang tak lekang dari senyuman itu dipandang lama sampai lah anak tangga terakhir.
Muncul pula Encik Mansor dan Mayra,Zafril membalas senyuman kepada Mayra.
"Umi adik dah khatam tadi"ujar Maisara seronok,dia mengambil tempat di hadapan Mikhail.
"Bagus anak bongsu umi ni,terus kan belajar yaa"
"Baik"Maisara mengeyit mata kepada Mikhail yang melihat dia seperti mahu berkata sesuatu.Maisara masuk kali ketiga dah khatam al-quran.Mikhail baru sekali sebab tu lah wajah tak puas hati lelaki itu selalu dia lihat setiap kali Maisara pamer riak dan takbur.
Encik Mansor mengambil tempat di kerusi utama.Mayra menolong umi nya mengambil gelas untuk setiap sorang.
"Malam ni pukul sepuluh ada ceramah Ustaz Daud tu,Mikhail dan Zafril mari join sekali eh"Encik Mansor melihat mereka berdua.
"Baik yah"balas Mikhail Zafril anggukan kepala saja.Dia okay je.
"Kamu berdua nak ikut?"soalan untuk dua anak perempuan nya pula.
"Maisara nak ikut"laju Maisara angkat tangan kanan tangan kiri menutup bahagia ketiak nya.
"Kakak?"
"Tak boleh yah,kakak ada kerja sikit"
Tangan di jatuh perlahan,Maisara mencebik kan bibir nya pandang Mayra di sebelah.Tak syok lah kalau kakak dia tak ikut,umi dia memang sah tak pergi sakit kaki.
YOU ARE READING
Zafril Adhan : Addicted Husband (C)
RomanceBook 3 ; Complete {Action+romance} Zafril Adhan jejaka sentiasa segak mengenakan apa saja di tubuh tegap nya.Walaupun usia sudah mencecah 33,saham seorang jejaka itu tidak pernah turun.Tetapi dengan sikap baran nya tiada seorang yang berani mendek...