32

2.1K 111 2
                                    

Apabila senduk bertemu dengan kuali maka terhasil lah bom atom.Di tambah serbuk perasa ke dalam masakan nasi goreng gaya bagai kan Chef Wan.

Hari pertama tugas dia sebagai seorang isteri siap kan sarapan untuk suami pergi kerja.Selepas solat subuh terus Maisara turun berperang dekat dapur.

Tangan memegang senduk mengacau masakan supaya warna sekata dan perencah hancur.Bila sudah puas mengoreng Maisara matikan gas,kemudian mengambil bekas untuk meletakkan nasi goreng.

Bekas itu di letakkan atas kitchen island,kemudian bergerak ambil teko pula.Zafril hanya minum air kopi atau teh saja bila waktu pagi.Dia dah tanya dan tulis siap siap dalam kepala aktiviti harian Zafril apabila ke tempat kerja.

Kerja pukul lapan pagi kalau rajin balik rumah makan tengah hari.Dah ada bini ni kena rajin kan diri balik lah.Tamat waktu kerja tak tentu kadang pukul lima kadang pukul enam.Bergantung atas kesibukkan dia.

Maisara memusingkan sudu untuk larutkan gula dalam air kopi.Ralit kacau air sampai tidak sedar kehadiran Zafril di belakang dia.

"Kenapa tak ikat rambut?"

Terhinjut bahu Maisara sedikit terkejut dengan sapaan suara garau itu.Rambut panjang tanpa diikat dia dikeluarkan dari dalam baju oleh Zafril.

"Rambut saya basah tadi,ni kering tak sempat nak ikat.."jawab Maisara perlahan dengar tak dengar saja tanpa memusingkan badannya.Atau dia lebih kepada masih malu dengan suami sendiri.

Sibuk sangat memasak,tangan pun dah macam macam bau ada.Nak ikat rambut tak ingat pula nak bawa turun sekali getah rambut.Cari gelang getah tak jumpa.Jadi begitulah,dibiarkan saja..

Dapat dia rasa rambut dia bergerak,Zafril buat apa ?jangan nak mengatal pulak!

Zafril menarik getah rambut di pengelangan tangan nya,di masuk kan ke dalam rambut Maisara.Dia ikat ala kadar saja janji jadi lah macam bola pun.Bukan nya dia pandai bab-bab mengayakan rambut wanita ni.

"Terima kasih.."ucap Maisara menyentuh rambut nya.Macam mana lah rupa dia sekarang ni.

"Sama sama cinta,jom duduk"Zafril merangkul pinggang Maisara di bawa untuk duduk atas kerusi kemudian dia ambil dua cawan dan teko berisikan air kopi itu.

Maisara memerhati saja tingkah Zafril.Zafril sudah belajar berdikari dari kecil lagi walaupun besar panjang masih duduk rumah keluarga.Sekarang ni dah ada isteri kena lah rajin-rajin kan diri.

Maisara meletak kan dua senduk nasi ke dalam pinggan Zafril.Kasi gemuk sikit biar hilang roti dekat perut tu.Dan satu senduk nasi untuk dia,air kopi di tuang ke dalam cawan dia dan Zafril.

Diam suasana makan pagi mereka,Maisara menunduk kepala makan nasi.Kunyahan pun perlahan macam tak kunyah je.

Zafril sambil makan sambil gatal mengintai wajah cantik isteri dia.Sungguh cantik luar dan dalam Maisara,memang betul betul buat dia tidak keruan.

"Awak balik tengah hari nanti?"tanya Maisara usai habis kan makanan dia.

"Balik."balas Zafril bersertakan senyuman manis.

Maisara angguk kecil,dia tak tahu nak sorok mana muka dia sekarang ni!kenapa ? Zafril tu lah suka tenung kita !

"Sedap?"tanya Maisara ingin tahu soal masakan dia untuk kali pertama dalam hidup lelaki itu merasai air tangannya.Taklah setaraf isteri yang pakar diluar sana.

"Thumb up for my wife..sedap seperti masakan umi"jawab Zafril mengusap sisi kepala Maisara.Pujian serta sentuhan harus ditetapkan dalam hidupnya bagi menghargai seorang wanita yang sudah pegang tittle seorang isteri.

Zafril Adhan : Addicted Husband (C)Where stories live. Discover now