8

1.8K 105 1
                                    

"Saya tak kisah kalau korang nak berkerjasama ke tidak dengan syarikat kami.Saya hanya memberi pendapat sahaja.Sebab kita orang tak kan rugi satu sen pun melainkan tidak laku"ujar Zafril memandang enam orang yang berpangkat tinggi di depan dia.

"Kami akan lancarkan esok,kalau terlambat kami tak terima"sambungnya lagi apabila rakan kerja dia masih diam.

Zafril menjungit kening kepada seorang lelaki yang angkat tangan mahu bertanya mungkin.

"Berapa kami akan dapat?"

Zafril senyum sinis,tangan berpeluk tubuh tadi di letak atas meja badan membongkok sedikit.

"Total semua penuh,tapi idea datang dari kami dan sudah tentu 50 tu kami punya dan 50 lagi saya akan bahagi sama rata kepada yang berminat"jelas Zafril tanpa ada yang tertinggal.

Sudah dua jam mesyuarat dia hari ni bersama para tertinggi.Hanya dia seorang saja yang muda.Dia akan keluar sebaik saja seseorang setuju.

Dato Amir diam mata meliar tengok rakan kerja dia,tanpa bertanya apa- apa dia angkat tangan.

"Saya setuju"

"Glad to hear that,okay saya sudahi sekarang mesyuarat kita hari ni.Sila maklum dekat pa saya yaa"Zafril menyeluk kedua tangan ke dalam poket seluar.Usai berkata dia keluar tinggalkan keenam lelaki itu bersama Gina.

Berat tulang Zafril mahu menunggu persetujuan orang lain.Membazir masa !

Butang kot kerja dibuka,badan di rebah atas sofa.Sofa empuk itu bagaikan mengurut semua urat yang terbelit.

"Huhhhhhhhh"keluhan panjang bercampur penat.Tangan naik memicit mata,sibuk dia kalah menteri besar je sudah tiga hari dia ada mesyuarat dengan orang ternama.

Zafril bukan seorang yang suka menunggu dan banyak soal.Jika tidak mahu dia tak kan paksa,dan dia juga tidak suka manusia yang terhegeh hegeh.Penat nak melayan manusia perangai macam tu.

Fikiran dia juga sesak semenjak Mikhail memberitahu dia sesuatu.Benar dia sudah tewas dengan perasaan dia sendiri.Hati tak henti menyumpah diri sendiri.

Aku kena laksanakan juga petang ni..

____

Sudah seminggu berlalu selepas sambutan hari lahir Maisara.Sejak itu Maisara tiada kesedaran mahu hidup,seminggu tu juga dia tak makan nasi tapi hanya makan makanan yang ringan seperti roti yang Mayra beli kan untuk dia.

Dia juga sudah meminta maaf kepada umi dan ayah dia dengan ketidaka sengaja dia meninggi kan suara.

Puan Siti dan Encik Mansor faham dan tidak salah kan Maisara.Tolakan itu pun sudah di khabar kan kepada Ustaz Daud.Hampa tapi tidak mengapa.

Seminggu tu juga lah Maisara tak ke masjid tidak mahu bertemu dengan Ustaz Daud.Dia bukan malu tapi dia takut.Mayra pun sering memberi kata semangat kepada dia.Dia bersyukur ada kakak yang sangat memahami.

"Berapa makcik?"

"10 ringgit dik"

Maisara menhulur not merah kepada makcik penjaga kaunter.Ucapan terima kasih di beri kepada makcik itu.Puan Siti meminta tolong Maisara beli kan sedikit barang mahu buat lauk makan tengah hari.

"Maisara"

Terhenti langkah Maisara mahu menunggang motor,plastik di letak dalam raga motorsikal selepas itu dia memusing kan badan melihat gerangan yang menyapa dia.

Jantung dia berdegup kencang,cepat cepat dia alih kan pandanga ke tanah.

"Ke..ada apa?"soal Maisara sedikit perlahan.

Zafril Adhan : Addicted Husband (C)Where stories live. Discover now