Rambut yang sudah basah kuyup itu ditarik kasar sehingga mendongak ke langit.Wajah kebasahan wanita itu dipandang dengan rasa marah sekali.
"Aku tak pernah berkasar dengan isteri aku tapi kau berani sentuh isteri aku sampai tinggalkan kesan"kasar Zafril berkata.Dia baru perasan pada lengan Maisara ada kesan merah dan dia pasti wanita ini yang lakukan.
"Aku minta maaf Zafril ! aku janji tak kacau Maisara lagi"Tasha sudah mengeluarkan air mata nya.Sungguh menyesal dia mencari pasal dengan Zafril.Baru dia tahu sisi jahat Zafril yang satu ini.
"Takkan lah sesenang tu je aku nak maafkan kau,dua nyawa hampir melayang depan mata aku tahu"sinis Zafril berkata.Belas kasihan dia sudah hilang apabila berhadapan dengan penhancur rumah tangga orang.
"Jangan apa-apa kan aku Zaf aku janji tak ganggu isteri kau lagi"bersungguh-sungguh Tasha berkata.
"Aku tak kisah kau tu sepupu aku atau orang luar..siapa kacau hak aku,dia harus terima akibat"Zafril bangun mengambil alih kerja Harith yang dari tadi genggam rambut Tania.
Inilah kerja dia,membuat tanpa berfikir dosa.Sisi hitam dia akan dijemput apabila berhadapan manusia seperti Tasha.
Rambut Tasha ditarik lebih kuat berbanding Harith tarik tadi.Bibir bergerak ke arah telinga Tasha.
"Kau kena terima apa yang isteri aku terima,tak adil main dalam air sorang sorang kan?"
"Zaf...hmppp"
Zafril menolak kepala Tasha ke dalam air dengan perasaan yang sungguh marah.Di tolak lebih dalam apabila bayangan hampir kehilangan Maisara menerjah ruang minda dia.
Harith diam memerhati kawan dia menyeksa musuh tanpa guna peralatan tajam.Itu lah Zafril,dia akan hukum musuh dengan cara yang dia terima.
Dalam lima minit Zafril lepaskan rambut Tasha,terus wanita itu keluarkan kepala nya,tercungap cungap Tasha sukar nak bernafas.Dia tak boleh nak mengelap wajahnya kerana kedua tangan diikat.
"Ingat Tasha aku warning kau,kau buat hal dengan aku kau siap.Aku tak kisah kalau tidur dalam lokap"amaran tegas diberi,dia tidak main-main dengan apa yang keluar dari mulut dia.
Tasha diam jatuh terduduk,dia amati betul-betul amaran itu.Lelaki itu benar sayangkan hak sendiri sampai sanggup cedera sesiapa pun termasuk dia ahli keluarga sendiri.
Harith membuka ikatan tangan Tasha,kasihan juga tapi siapa suruh cari pasal.Tali disimpan ke dalam poket baju kerja wanita itu.
"Nak bahagia jangan rampas hak orang,araso"pesan Harith sebelum mengikut langkah Zafril.Untung saja Zafril biarkan Tasha bernyawa,kebiasaan lelaki itu terus hapus musuh dari muka bumi ni.
Zafril arahkan Harith untuk menculik Tasha dari tempat kerja wanita itu secepat mungkin.Kalau tak dengan dia-dia sekali kena selam dalam air.Puih betul.
___________Masuk saja rumah terus dia bertanyakan keberadaan isterinya terhadap Puan Sri Fatima.Gelojoh betullah ada suami macam ini.Taksub sangat.
"Dekat dapur tu tengah makan"balas Puan Sri Fatima yang sedang membelek bunga hiasan.Ni lah kerja lepas pencen.
Laju Zafril menuju ke arah dapur.Rindu isteri hamba sorang ni.
Maisara duduk membelangkangi dia sambil tangan menyuapkan nasi ke dalam mulut.Bunyi seretan kerusi itu buatkan Maisara terkejut sedikit.
"Awal balik?"soal Maisara melihat wajah Zafril yang kelihatan penat di mata dia.Tak sihat ke suami dia ni?
"Hurm tak boleh kalau tak tengok sayang,abang kangen"
YOU ARE READING
Zafril Adhan : Addicted Husband (C)
RomansaBook 3 ; Complete {Action+romance} Zafril Adhan jejaka sentiasa segak mengenakan apa saja di tubuh tegap nya.Walaupun usia sudah mencecah 33,saham seorang jejaka itu tidak pernah turun.Tetapi dengan sikap baran nya tiada seorang yang berani mendek...