Zafril menorak langkah ke arah biliknya selepas selesai mensyuarat selama sejam bersama pekerja dia.Tubuh di rebahkan atas kerusi kerja.Penat seharian bekerja,sampaikan lupa cara berehat tu macam mana.
Puan Sri Fatima baru menelefon supaya pulang lebih awal hari ni kerana ada tetamu akan datang ke rumah mereka untuk makan malam.Zafril kehairanan,siapa mahu datang(?)
Ting !
Harith
-Malek cakap petang ni dia nak jumpa kau dekat tempat biasa..ada hal sikitZafril membaca mesej itu dengan riak malas.
-ok
Malek boleh saja mesej sendiri,buat apa nak pesan melalui Harith.
Dasi di longgarkan dari terus mengetat di leher,macam ular sawa dah membelit dia.Ini lah dia malas kalau ambil alih syarikat papanya,kena pakai kemeja 24 jam.Cita-cita dia mahu menjadi seorang tentera tapi hajat tak kesampaian arwah papanya pergi sewaktu dia umur 17 dengan itu Tan Sri Zaid wasiatkan syarikat ini kepada anak kedua.
Kenapa bukan Zahid?Zahid dari awal berkeras kepala tidak mahu,jikalau mahu meminta tolong dia boleh saja sementara Zafril dalam proses belajar.Kini Zafril sudah meningkat dewasa dan ianya adalah masa yang sesuai untuk lelaki itu sibuk seperti orang lain.
Jam sudah menunjukkan pukul lima petang,waktu untuk Zafril pulang sekarang ni.Dia harus bertemu dua orang manusia hari ni.Kereta miliknya di buka tanpa bantuan pengawal peribadi,dia tak suka di layan seperti itu.Nampak macam budak kecil.
Kereta di pandu menuju ke sebuah hotel tempat di mana dia selalu bertemu dengan Malek.Dari dalam kereta dia sudah nampak Malek menunggu dia di dalam restoran.Zafril keluar dari kereta,tangan di letak ke dalam poket.
Malek yang menunduk itu mengangkat kepala bila mendengar bunyi tarikan kerusi di depan nya.Senyuman tawar di beri kepada Zafril.
Zafril riak biasa saja punggung di labuh kan dan kedua tangan memeluk tubuh.Kepala di lentok ke kanan sedikit.Bibir di sungging ke kanan melihat riak wajah Malek sekarang ni,ada lah tu..
"Aku nak minta tolong kau Zafril"
Zafril mengerdip mata saja,malas nak berbunyi sekarang ni.
"Adik aku kena tangkap dia buat hal,Tokey minta 10 ribu baru dia lepas kan adik aku"
"Tch.."
"Aku nak pinjam dengan kau,aku janji bulan depan aku bayar"kata Malek bersungguh sungguh.
"Kau ni banyak betul masalah,kau bunuh jelah adik kau tu sampai bila kau nak di hamba kan oleh budak tu ha!"
Malek meraup wajah nya,dia tahu Zafril akan marah kan dia.
"Tolong aku Zaf,dia satu-satu nya adik aku.."Malek cuba meminta simpati dari Zafril.
"Kali ni last lepas ni aku dah tak layan kalau berkaitan dengan adik kau faham"
Malek senyum pahit akhirnya Zafril mahu menolong dia.
"Aku janji"tangan kanan di angkat seperti sumpah.
Zafril mengeluarkan telefon nya dari poket kot.Apps bank di buka dengan mudah di memindahkan wang kepada akaun bank Malek.
"Keep the change,ada duit baru bayar"telefon di simpan semula.
"Terima kasih Zafril"noti sudah masuk ke dalam telefon dia.Zafril memindahkan 12 ribu kepada dia.Sudah tahu yang lebih itu untuk apa.
"Aku pergi dulu"
Malek bangun menbongkok kan badan kepada Zafril,bahu nya di tepuk sekejap sebelum Zafril berlalu pergi ke arah kereta.Badan menerobos masuk ke dalam.Terbit senyuman kecil pada bibir nya melihat Malek yang bercakap dalam telefon.
YOU ARE READING
Zafril Adhan : Addicted Husband (C)
RomantizmBook 3 ; Complete {Action+romance} Zafril Adhan jejaka sentiasa segak mengenakan apa saja di tubuh tegap nya.Walaupun usia sudah mencecah 33,saham seorang jejaka itu tidak pernah turun.Tetapi dengan sikap baran nya tiada seorang yang berani mendek...