Berita kehamilan Maisara di sambut dengan gembira sekali oleh keluarga mertua dia.Puan Sri Fatima sudah berbakul pesanan di beri,siap pesan kepada Zafril jangan bagi buat kerja berat.
Zafril tu tahu lah macam mana nak handel isteri dia ni.Sentuh penyapu dia tak akan bagi.
Hari ni rumah Puan Sri Fatima mengadakan rumah terbuka kepada ahli keluarga saja dan beberapa orang rapat mereka.
Maisara berselera makan daging golek di sebelah Zahirah tanpa menhirau kan keadaan.Makan depan kolam woo syok gila macam duduk kat Maldives je.
Zahirah pula di tugas kan oleh mama dia jadi bodyguard tak berbayar untuk jaga kakak ipar dia ni.Haih nak boleh anak saudara baru lah !
"Macam mana rasa ada baby kak?"
Maisara lirik kan mata ke melihat Zahirah bibir naik senyum kepada adik ipar nya.Beza setahun je umur mereka berdua ni.
"Kahwin lah dulu baru tahu"sedikit nada gatal Maisara menjawab.
Zahirah mencebir bibir,balasan yang tidak menjawab langsung.
"Takpa awak tu muda lagi"
"Hmm"yelah tu muda lagi.
"Boleh Zahirah tanya tak kak?"
Maisara menjungit kening,macam kbat je ni.
"Zahirah tahu sikit sikit kisah akak.."soal Zahirah takut takut.Mama dia ada pesan jaga perasaan ipar duai,dan Puan Sri Fatima juga ada cerita satu muka surat tentang kakak ipar kedua dia ni yang ada trauma seperti diri dia.
"Macam mana akak lawan benda tu?"tu je soalan dia bukan nya nak sentuh lebih mendalam pun.
Maisara letak kam garpu tepi pinggan.Hujung bibir di lap dengan tisu.Dia berdehem ingin betul kan suara dia.Tersekat daging di skala enam.Dia faham apa maksud pertanyaan Zahirah itu.
"Tak tahu lah nak cakap macam mana tapi angah awak yang banyak tolong akak untuk terus lawan rasa tu"balas Maisara kadang kadang tarik sengih ingat kan wajah Zafril.
"Kalau contoh lah akak tak kahwin dengan angah,akak still tak kan kahwin ke?"
"Hmm,macam tu lah kira kira nya"
Zahirah angguk faham,perit sangat ke rasa tu?dia trauma dalam percintaan tapi kakak ipar dia trauma dengan lelaki.Sama je kan?ke ada beza ?
"Zahirah"
Panggilan itu buat kedua wanita itu berpaling.
"What?"
"Mama kau panggil"
"Oh..kejap akak ea"Zahirah meletakkan gelas atas meja kecil lalu bangun.Mama dia nak apa pula kacau daun je nak borak topik hangat ni.
Maisara memberi segaris senyuman kepada Tasha.Entah rasa nak nak senyum,senyum jelah.
"Aku dengar kau mengandung"
"Haah"bersahaja Maisara jawab.Entah lah wanita itu seakan tidak suka pada dia sejak pertemuan pertama.Maisara cuba mesra kan keadaan tapi di layan macam orang luar.
"Berapa bulan?"
"Nak masuk dua minggu" balas nya cuba buat buat mesra walaupun nada Tasha seperti sinis.Wajah itu langsung tak di lihat,panggilan pun nampak sangat tak suka dekat dia.
"Taniah aa,untung aa boleh mengandung anak Zafril kan?"
Maisara gerak kan ekor mata nya saja,pehal pula minah ni?untung tak untung dah memang tanggujawab dia kan(?)lah ko pehal !
"Aku sebenarnya dah lama minat dekat laki kau tu"
Lah !
Maisara pusing kan kepala dia.Betul ke apa yang di kata kan oleh Tasha ni ?
"Tapi tu lah dia tak pandang aku and tak sangka gadis kampung juga dia nak"tempelak Tasha.
"Kau mengarut apa ni Tasha?tak sedar ke bercakap dengan isteri Zafril sekarang ni ?"Maisara mengetap bibir.Berani nya wanita ni mencela dia,dari kampung pun bagus lah dari kau tu yang pakai baju tak cukup kain.
"Terlebih sedar lah aku berani"jelingan benci di beri kepada Maisara.
"Tch !"tak betah Maisara layan perangai tak matang Tania dia bangun.Arh dia benci !
"Sial"carut Tasha geram Maisara pergi macam tu saja.Tanpa fikir panjang lengan Maisara di rentap kasar.
"Auu ! sakit lah Tasha! "desis nya Tasha mencengkam lengan dia begitu kuat.Di tarik tarik tak lepas,kuat sangat wanita ni.Tengok tinggi lah tu pun dah jauh beza.
Kaki Maisara semakin ke belakang apabila Tasha tak henti mendorongnya.Lengannya masih di cengkam oleh wanita itu.
"Lepas kan aku lah ! kau nak apa !"
"Aku nak Zafril ! "lantang Tasha hambur kan depan wajah Maisara.
Membulat mata Maisara bukan kerana permintaan Tania tetapi kaki dia sudah berada di hujung lantai tepat penghujung kolam.
"Tasha sabar Tasha..."Maisara sudah beriak takut,tolong lah siapa siapa datang.Dia tak kisah nyawa dia yang di kisah anak dalam perut ni.
Tasha menyunging kan bibir dia,tangan Maisara yang bergantung pada siku dia di tepis kasar.Terkebil kebil wajah Maisara.
"Kau kena pergi dalam hidup dia buat selama lama nya"
Bush !
Tasha menolak tubuh Maisara begitu saja tanpa rasa bersalah.Dia ingin wanita itu mati ! dan dia boleh dapat cinta nya kepada Zafril yang sudah lama bertaktha dalam hati dia sejak kecil lagi.
"Tasha !!!"terkapai kapai Maisara dalam kolam.Dia mana pandai berenang!
"Akak!"
Bush !
Zayyan tanpa banyak cakap terus terjun ke dalam kolam.Gelas di campak begitu saja.Tangan Maisara di tarik kemudian mecempung tubuh itu tinggi,kaki yang panjang memboleh kan dia menyentuh lantai.
"Sayang !"pada masa itu datang lah Zafril bersama yang lain.
"Zayyan ! cepat ya Allah"Puan Sri Fatima sudah cemas melihat Maisara pejam mata.
Zayyan membawa tubuh Maisara ke pinggir kolam,Maisara di sambut oleh Zafril.Sang suami tak boleh duduk senang melihat keadaan isteri dia yang sudah tidak sedar.
Nora datang memeriksa nadi pada pergelangan tangan Maisara.Zafril dengan bimbang menunggu kata kakak ipar dia.
"Cpr ngah ! banyak masuk air tu"suruh Zayyan serta merta, dia naik duduk di sebelah Zafril.
"Haah cepat Zaf"
Zafril apa lagi terus memicit hidung Maisara kemudian memberi bantuan bernafasan dari mulut ke mulut.Dalam hati berdoa supaya isteri dia cepat sedar.
Tasha sudah kaku pucat wajah nya seperti kekurangan darah.Jelas wajah nya takut,dia mana tahu Maisara tak pandai berenang.
"Uhukss hukss"
Zafril bantu isteri nya bangun mengeluarkan sisa air yang terkandung dalam badan.
"Abang"bergetar bibir itu memanggil.Lantas tubuh dia tarik dalam pelukan.Sisi kepala isteri nya di cium berkali kali.
Zafril sambut huluran kain dari Puan Sri Fatima kemudian menyelimuti tubuh Maisara yang bergetar hebat kerana kesejukkan.
"Zaf bawa Maisara ke hospital"ujar Puan Sri Fatima,dia takut kalau terjadi apa apa kepada cahaya mata anak menantu dia.
Segera badan Maisara di cempung bawa ke arah kereta.Di sebab kan ada satu nyawa dalam badan isteri nya dia harus bawa ke hospital.
"Tahan sayang"tangan kiri erat genggam tangan Maisara memberi kekuatan untuk sang isteri bertahan.Dia bawa kereta bagaikan orang tidak bertauliah saat ini.Dalam kepala dia cemaskan isteri dia saja.
Maisara diam air mata nya sudah turun membasahi pipi.Dahi nya berkerut sedikit sakit bahagian perut nya.Dia tahan saja,berharap anak dia tidak apa apa.
Pandangan dia pun sudah menjadi gelap.
TBC
Jangan lupa vote dan komen ><
Doakan author dikurniakan banyak idea^^
YOU ARE READING
Zafril Adhan : Addicted Husband (C)
RomanceBook 3 ; Complete {Action+romance} Zafril Adhan jejaka sentiasa segak mengenakan apa saja di tubuh tegap nya.Walaupun usia sudah mencecah 33,saham seorang jejaka itu tidak pernah turun.Tetapi dengan sikap baran nya tiada seorang yang berani mendek...