27

2K 108 1
                                    

Maisara diam dalam kereta tiada topik untuk dibualkan dengan Zafril.Suami dia fokus pada pemanduan saja,wajah serius macam sedang memandu kereta dalam perlumbaan F1.

"Sayang lapar tak?kalau tak kita berhenti makan sekejap?"soal Zafril pandang Maisara sekilas,dia nak ajak Maisara berborak tapi takut tak terjawab.Darii tadi wanita itu balas dengan jawapan 'hmm' saja.

"Ha"blur Maisara.Siapa sayang?

"Lapar tak?"tanya Zafril lagi.

"Oh tak..tak lapar"kata Maisara jujur dari perutnya,sebelum bertolak dia dah makan nasi lemak Puan Siti dah,bekal mengubat rindu habis tiga pinggan dia makan.

"Baik"balas Zafril kembali fokus pada pemanduannya.

"Menantu mama dah sampai"berlari anak Sri Fatima dapatkan menantu kedua dia.Haih sudah lama tunggu kehadiran Maisara.

Baru saja setapak kaki Maisara melangkah tubuh dia sudah di sambar oleh ibu mertua dia.Dipeluk erat sekali bagai kan tidak mahu lepas.

"Mama rindu.."agak lama tubuh kecil itu dipeluk.Bila dah lepas belum tentu Maisara bebas,kedua belah pipi pula menjadi sasaran bibir Puan Sri Fatima.

Maisara sengih kekok,macam layanan anak sendiri pula dia rasa.Zafril pamer kan riak malas dengan perangai mama dia.

"Dah lah tu ma,bini angah tu.."celah Zafril menhentikan perilaku Puan Sri Fatima.Dalam hati syukur Maisara di layan tak ubah seperti anak.

Puan Sri Fatima menjeling Zafril orang nak manja dengan bini dia pun tak boleh.Tangan naik merangkul bahu Maisara di bawa tubuh itu masuk ke dalam rumah.

Zafril meletak kan bagasi di tepi tangga,nanti lah bawa naik sekarang ni nak berbual dengan keluarga dia dulu.

Zahirah datang bersama Zayyan dari arah dapur,baru habis melahap masakan mama mereka.Pakaian kerja masih di tubuh mereka beerti balik rumah sebab nak makan tengah hari saja.Jimat duit.

"Baru sampai ke?"soal Zahirah menghulurkan tangan kepada Zafril.

"Hurmm"kemudian tangan Zayyan pula di sambut.

Zahirah bersalam dengan kakak ipar nya pula yang setia duduk di sebelah Puan Sri Fatima.Ada menantu baru memang tak ingat anak sendiri dah..

Punggung di labuh kan sebelah Maisara.Maisara senyum mesra kepada ipar duai dia.Pertama kali jejak kaki dalam rumah ni.Rasa segan dan kekok bila ada keluarga baru.

Mata mencuri pandang sekitar rumah itu,besar gedabak boleh memuatkan sepasukan bola sepak ni.

"Abang tak datang?"soal Zafril membuka bicara,kesian juga tengok isteri nya diam.Tahu lah dia Maisara masih tidak selesa dengan keadaan begini.

"Tak..tengoklah lusa datang lah tu,Dhia dan Danial sekolah petang."jawab Puan Sri Fatima tangan tak lepas dari mengenggam tangan lembut Maisara.

"Mama lepas lepas lah tangan kakngah tu,kesian kakngah.."kata Zahirah melihat posisi tangan mama dan Maisara.Ibarat dia boleh tahu kakak ipar dia rasa macam mana.

Mesti berpeluh tangan asyik kena pegang.

"Kenapa pula?"Puan Sri Fatima jatuh kan bebola mata melihat wajah Maisara.

"Maisara okay je?kamu tu.."balas Puan Sri Fatima.Maisara di tengah hanya sengih segan silu.Dia jadi watak utama sekarang ni antara anak dan mak.

Mengelenh kepala Zafril..

"Kita orang naik dulu lah,ada kerja sikit.."Zafril bangun merampas tangan Maisara dari mama dia.

"Kerja apa?"

Zafril Adhan : Addicted Husband (C)Where stories live. Discover now